Skip to main content

PENGARAH KAMPUS KEJURUTERAAN LANCAR SEMINAR KUMPULAN FOKUS KHAS KEJURUTERAAN DAN SENI BINA 2024 SERTA BUKU RENCANA KEPUSTAKAWANAN

There is no translation available.

DSC 1257 copy

NIBONG TEBAL, 19 Ogos 2024 – Pengarah Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datin Dr. Azlina Harun @ Kamaruddin hari ini hadir dalam merasmikan Seminar Kumpulan Fokus Khas Kejuruteraan dan Seni Bina 2024 serta Peluncuran Buku Rencana Kepustakawanan.

Menurut beliau, seminar yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk memperkasakan ilmu dan maklumat terkini, sambil meningkatkan kesedaran peserta mengenai pelbagai subjek berkaitan kejuruteraan dan seni bina.

“Seminar ini juga memberi penekanan kepada pemerkasaan perkhidmatan perpustakaan dalam kedua-dua bidang tersebut.

DSC 1135 DSC 1169

DSC 1198 DSC 1225

DSC 1225 DSC 1257 copy

“Ianya akan membuka ruang untuk para peserta, yang terdiri daripada pustakawan dari pelbagai universiti awam untuk bertukar pandangan, berkongsi pengalaman, dan membina jaringan kerjasama yang kukuh,” kata beliau.

Selain daripada itu, beliau turut mengulas akan peluncuran buku Rencana Kepustakawanan: Kumpulan Fokus Khas Kejuruteraan dan Seni Bina, yang merupakan karya penting hasil kerjasama Pustakawan Kumpulan Fokus Khas Kejuruteraan dan Seni Bina dari Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah serta Penerbit UMPSA.

“Buku ini akan memberikan impak yang signifikan kepada para pembaca dalam mengenali dan memahami bidang kepustakawanan dengan lebih mendalam, terutama dalam konteks kejuruteraan dan seni bina,” kata beliau

Sementara itu, Ketua Pustakawan Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang, Al-Sultan Abdullah merangkap Pengerusi Kumpulan Fokus Khas Kejuruteraan dan Seni Bina, Cik Kamariah Gono berkata, kumpulan ini ditubuhkan di bawah Majlis Ketua Pustakawan Universiti Awam sejak tahun 2016.

DSC 1283 DSC 1294

DSC 1307 DSC 1324

DSC 1363 DSC 1399

“Sehingga kini, kita mempunyai seramai 23 orang ahli yang terdiri daripada Pustakawaan dari 16 Universiti Awam seluruh Malaysia,” katanya.

“Kita aktif dalam menyediakan program-program berkaitan Kejuruteraan dan Seni Bin,  sebagai satu inisiatif yang diharap dapat memberikan impak positif kepada ahli-ahlinya,” tambah Kamariah.

Pengerusi Seminar Kumpulan Fokus Khas Kejuruteraan dan Seni Bina 2024, Puan Radia Banu Jan Mohamed dalam ucapannya pula berkata, seminar ini diwujudkan untuk menyediakan platform terbaik kepada ahlinya dalam memacu amalan dan perkhidmatan terbaik pustakawan.

“Sebanyak 8 kertas kerja akan dibentangkan dalam seminar yang akan berlangsung selama dua hari dari 19 hingga 20 Ogos ini,” kata beliau.

“Semoga ianya dapat mengukuhkan rangkaian professional semua yang terlibat sambil bertukar pandangan akan bidang masing-masing,” tambah Radia Banu.

Turut hadir pada perasmian ini adalah Ketua Pustakawan Perpustakaan USM, Puan Arinawati Ayob; Ketua Pustakawan Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Universiti Malaysia Perlis, Puan Mazmin Mat Akhir dan Pengerusi Bersama Seminar Kumpulan Fokus Khas Kejuruteraan dan Senibina 2024, Puan Sukmawati Muhamad.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman