Skip to main content

LAWATAN SK BAHAGIA TAWAU KE KAMPUS KEJURUTERAAN USM SEMAI MINAT MURID DALAM BIDANG KEJURUTERAAN

There is no translation available.

DSC 5515

NIBONG TEBAL, 26 September 2024 - Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menerima kunjungan seramai 40 orang murid Darjah 6 dan 14 orang guru serta wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dari Sekolah Kebangsaan (SK) Bahagia, Tawau, Sabah.

Menurut Timbalan Pendaftar, Encik Mior Zulbahri M. Chek, yang mewakili Pengarah Kampus, lawatan ini salah satunya akan memberi peluang kepada delegasi SK Bahagia untuk melihat sendiri kemudahan dan peralatan terkini yang digunakan oleh USM.

DSC 5528 DSC 5543

DSC 5515 DSC 5595

“Malah, mereka juga akan berpengalaman untuk merasai sendiri suasana pembelajaran yang dinamik dan inovatif di kampus ini sepanjang sesi lawatan dijalankan pada kali ini,” kata beliau.

“Lawatan pada hari ini juga akan menjadi satu permulaan kepada murid-murid dalam menyemai minat dan inspirasi mereka terhadap bidang kejuruteraan,” ujar Mior.

DSC 5624 DSC 5635

DSC 5639 DSC 5643

Selain daripada itu, beliau berharap agar lawatan ini akan memberi motivasi kepada mereka untuk terus berusaha dan berminat dalam pendidikan tinggi, terutamanya dalam bidang kejuruteraan di mana lawatan seperti ini juga merupakan langkah awal dalam perjalanan akademik murid-murid terlibat.

“Sokongan dan galakan yang diberikan kepada mereka pada hari ini sangat penting dalam membentuk semangat untuk menimba ilmu, demi masa depan pendidikan negara yang lebih cemerlang dan mungkin menjadi dorongan untuk anak-anak ini menyambung pengajian di USM kelak,” tambah beliau lagi.

Teks: Nurul Athirah Mohd Faizal (Pelajar Latihan Industri) & Siti Faizah Abd Halim

Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman