Skip to main content

SIMBOL KOMITMEN TERHADAP PEMBELAJARAN INOVATIF, PENGARAH KAMPUS KEJURUTERAAN LANCAR LATTICE LOUNGE PPKBSM

There is no translation available.

latticeLounge

NIBONG TEBAL, 27 SEPTEMBER 2024- Pengarah Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datin Dr Azlina harun@Kamaruddin hari ini hadir dan merasmikan Ruang Pelajar Lattice Lounge di Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral (PPKBSM).

Azlina dalam ucapannya menjelaskan bahawa Lattice Lounge yang melalui sebuah proses menarik dan komprehensif melalui penganjuran Study Space Interior Design Challenge bukan sekadar sebuah ruang fizikal namun ia simbol dedikasi dan komitmen semua pihak di pusat pengajian tersebut.

“Khususnya dalam membina ekosistem pembelajaran yang lebih baik di kampus ini,” kata beliau.

DSC 5662 DSC 5661

DSC 5666 DSC 5666

Dihasilkan dengan kos anggaran RM 90,000 yang mencakupi proses ubah suai, kelengkapan dalaman, dan sudut kelestarian, projek ini terlaksana melalui peluang yang diberikan kepada peserta cabaran untuk mencipta idea lakaran hiasan dalaman serta mencadangkan nama untuk ruang pelajar tersebut.

“Tahniah dan terima kasih ditujukan kepada pihak PPKBSM dan MIMATES yang terlibat dalam penganjuran dan pelaksanaan program ini.

“Saya percaya ruang ini akan menjadi tempat yang ideal untuk pelajar dan staf berbincang, belajar secara berkumpulan, dan menjalankan pelbagai aktiviti bermanfaat” kata Azlina.

“Saya juga berharap agar ruang ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pelajar serta staf dan digunakan dengan bijak untuk merancang kejayaan akademik serta pentadbiran di pusat pengajian ini kelak” ujar Azlina.

Sementara itu, Dekan PPKBSM, Profesor Ir. Dr. Mariatti Jaafar @ Mustapha dalam ucapan beliau di majlis yang sama menjelaskan bahawa ruang ini akan dijadikan sebagai platform kepada usaha penyelidikan dan inovasi pelajar serta warga pusat pengajian.

DSC 5748 DSC 5750

DSC 5753 DSC 5762

“Mengenai nama yang dipilih, perkataan “lattice” itu sinonim dengan asas sesuatu bahan berhablur jadi ia bersesuaian dengan nama pusat pengajian kami sendiri.

“Lattice ini juga adalah idea yang diilhamkan daripada pertandingan rekacipta pelajar jadi kami sangat menghargai idea dan sumbangan mereka,” ujar Mariatti.

“Ianya bukan sahaja direka sebagai tempat belajar, namun akan turut digunakan untuk menggalakkan kolaborasi antara staf dan pelajar bagi meneroka idea baharu dalam bidang kejuruteraan bahan dan sumber mineral” kata beliau.

“Lounge ini turut diharap dapat mendorong penyelesaian kepada cabaran-cabaran dalam bidang kejuruteraan sekaligus menyumbang kepada perkembangan ilmu pengetahuan yang lebih mampan,” tambah Mariatti.

Teks: Nurul Athirah Mohd Faizal (Pelajar Latihan Industri) & Siti Faizah Abd Halim

Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman