Skip to main content

ZON 2 JUARA KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP WANITA ANTARA JABATAN PIALA PROFESOR. DR. TAKSIAH

There is no translation available.

462749623 1042767917547861 2039679166363900757 n

NIBONG TEBAL, 14 Oktober 2024- Baru-baru ini telah berlangsung dengan meriahnya Kejohanan Badminton Tertutup Wanita antara Jabatan Piala Profesor Dr. Taksiah A. Majid di Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM).

Dianjurkan oleh Kelab Kebajikan dan Sukan Staf Kejuruteraan (KKSK), ianya turut menyaksikan kehadiran Profesor Dr. Taksiah A. Majid dalam menyampaikan hadiah kemenangan kepada para peserta.

Melalui kejohanan ini, kesemua Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan Pusat-pusat Pengajian di Kampus Kejuruteraan telah dibahagikan kepada beberapa zon iaitu Zon 1, Zon 2, Zon 3, Zon 4, Zon 5 dan Zon 6.

462777963 1042767707547882 788375805276772727 n

Pada Perlawanan akhir, telah berlangsungnya pertemuan sengit antara Zon 2 dan Zon 5 demi merebut gelaran juara kejohanan kali ini.

Gelaran juara akhirnya berjaya dirangkul oleh Zon 2 yang diwakili oleh Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral (PPKBSM), Pusat Penyelidikan Sains dan Kejuruteraan (SERC), Pejabat Pengarah (PP), dan Jabatan Pendaftar.

Zon 2 menerima piala pusingan, medal dan wang tunai berjumlah RM300 manakala Naib Juara iaitu Zon 5 menerima hadiah berupa wang tunai berjumlah RM200 dan medal.

Teks: Nurul Athirah Mohd Faizal (Pelajar Latihan Industri) & Muiz Syafiq Md Hassam (Pelajar Latihan Industri)

Foto: Ihsan Kelab Kebajikan & Sukan Staf Kampus Kejuruteraan USM

Suntingan: Siti Faizah Abd Halim