Skip to main content

PENJENAMAAN SEMULA PERPUSTAKAAN KEJURUTERAAN USM KEPADA “PERPUSTAKAAN MUSA MOHAMAD”

There is no translation available.

DSC 4559

PULAU PINANG, 21 April 2025 – Universiti Sains Malaysia (USM) secara rasmi mengumumkan penjenamaan semula Perpustakaan Kejuruteraan sebagai Perpustakaan Musa Mohamad, sebagai penghormatan kepada sumbangan dan legasi Allahyarham Tan Sri Musa Mohamad, bekas Naib Canselor ketiga USM.

Sesi penyerahan surat pemakluman rasmi telah disempurnakan oleh delegasi USM yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Dr. Habibah A Wahab, dalam satu kunjungan hormat menemui Puan Sri Fauziah Shahrom di kediaman beliau.

DSC 4577 DSC 4579

Puan Sri Fauziah, isteri kepada Allahyarham telah menyampaikan penghargaan atas inisiatif USM tersebut, yang disifatkan sebagai satu pengiktirafan bermakna terhadap sumbangan besar Allahyarham dalam pembangunan akademik dan pendidikan tinggi negara.

Penjenamaan ini turut memperkukuh kedudukan perpustakaan berkenaan sebagai pusat kecemerlangan ilmu dan inovasi di Kampus Kejuruteraan USM.

Penghargaan ini menurut Naib Canselor USM, Profesor Dato' Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, dapat menyemarakkan lagi semangat keilmuan serta menjadi inspirasi kepada warga universiti dan masyarakat umum.

Teks: Shahriza Fadly Misaridin / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman