PASUKAN JEJAK SAMUDERA JUARA PERTANDINGAN KIK HORIZON BAHARU KATEGORI HIBRID

326413620 576604617261857 8311496308232480985 n

KUALA LUMPUR, 21 Januari 2023 – Pasukan Jejak Samudera dari Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menjuarai Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Horizon Baharu kategori KIK Hibrid anjuran Peringkat Kementerian Pertahanan bagi tahun 2023.

Kumpulan Jejak Samudera memenangi kategori pertandingan tersebut melalui Projek Knight Bi-Electronic Management System (K-BEMS) ciptaan inovasi ahlinya yang terdiri daripada beberapa anggota No. 16 Skuadron Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM).

aero1

Melalui kemenangan ini, ahli pasukan yang merupakan Pegawai Latihan Vokasional, Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa Encik Mohamad Zihad Mahmud dan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi, Encik Mohd Jamil Kasim dari Kampus Kejuruteraan USM berjaya membawa pulang RM 5,000.00, Piala dan Sijil.

Projek ini disasarkan untuk penjimatan kos penyelenggaraan simpanan enjin pesawat Beechcraft B200T yang diselenggara dan dioperasikan oleh Skuadron 16, TUDM sehingga RM70 Juta serta yang akan digunapakai di bahagian operasi skuadron 16, TUDM.

Pictures 

Inovasi ini juga disasarkan penggunaannya di beberapa fasiliti di TUDM dan akan diperluaskan lagi penggunaannya pada masa akan datang. Sebanyak 58 kumpulan turut beserta bertanding dalam kategori yang lain seperti Kategori KIK Primer dan Kategori KIK Hibrid.

Konvesyen yang diadakan di Wisma Pertahanan (Mindef) dari 13 hingga 19 Januari 2023 ini adalah bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada usaha dan hasil yang telah dicapai oleh Kumpulan Inovatif dan Kreatif Sektor Awam dan Tentera di seluruh negara.

Malah, pertandingan ini turut diharap akan memberi kesedaran kepada warga Kementerian Pertahanan tentang pentingnya pemikiran kreatif dan berinovatif dalam melaksanakan tugasan harian.

Teks: Siti Faizah Abd Halim

Foto: Mohd Jamil Kasim