跳至主要内容

SOC ANJUR KONSERT ORKESTRA KALI KE-8 DI KEJURUTERAAN

There is no translation available.

Orkestra Cina 7323

Teks: Mohd Kamil Ashar (该邮件地址已受到反垃圾邮件插件保护。要显示它需要在浏览器中启用 JavaScript。)
Foto: Bani Faidzzainami Baniyamin (该邮件地址已受到反垃圾邮件插件保护。要显示它需要在浏览器中启用 JavaScript。)

NIBONG TEBAL, 6 Disember 2015 - Sekretariat Orkestra Cina (SOC) dengan kerjasama Chinese Orchestra for Engineering Campus (COFEC) berjaya menganjurkan konsert orkestra untuk kali ke-8 di Dewan Utama, Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia di sini semalam.

Orkestra Cina 7248

SOC adalah sebuah persatuan muzik tradisional cina di Universiti Sains Malaysia (USM) dan telah ditubuhkan pada 5 Oktober 2009 manakala COFEC ditubuhkan pada tahun 2011 di Kampus Kejuruteraan.

Menurut Pengarah Projek, Lim Jia Sing, 22, berkata hasrat persatuan tersebut adalah untuk membangunkan muzik tradisional Cina dan menggalakkan semangat pembelajaran dalam masyarakat USM dan juga untuk menggalakkan instrumen tradisional Cina kepada orang ramai terutama pelajar USM.

Orkestra Cina 7274

“Kami harap semua masyarakat dapat menerima baik program yang diadakan ini dan menjadikan muzik sebagai salah satu alternatif dalam mencari ketenangan”, katanya yang merupakan pelajar tahun tiga, Ijazah Sarjana  Muda Sastera Terjemahan dengan Interpretasi, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan itu.

“Bagi saya, muzik mampu mengurangkan tekanan kepada manusia sekiranya kita memahami dan mengetahui keseniaan dan kehalusan dalam menghasilkan sesebuah lagu dengan alunan muzik yang sesuai”, katanya lagi.

Orkestra Cina 7280

“Tema konsert yang diadakan ini menunjukkan satu kejayaan bingkai muzik tradisional dan inovasi orkestra cina dalam bidang muzik”, tambahnya.

Sebanyak 15 lagu termasuk lagu Melayu, India, Korea dan lagu tradisional dimainkan dalam konsert orkestra Cina yang terdiri daripada 220 mahasiswa gabungan Kampus Induk dan Kampus Kejuruteraan.

Orkestra Cina 7336

Alunan bunyi alatan muzik yang dikenali sebagai dizi, yang qin, erhu dan zhong luan yang sangat mengasyikkan membuatkan lebih 900 pengunjung terdiri dalam kalangan pelajar serta masyarakat sekitar terpesona dan terpegun dengan kebolehan pelajar dalam bidang muzik orkestra.

Konsert tersebut turut mendapat penajaan daripada syarikat perniagaan iaitu JAKO Language Learning Centre, Smooth Faces Image & Beuty dan Max Style