跳至主要内容

MAJLIS HI-TEA BERI RUANG MAHASISWA

There is no translation available.

HiTea-8692

NIBONG TEBAL, 18 April 2015 – Majlis Hi-Tea Anugerah Tokoh Siswa 2014 berlangsung dalam suasana santai antara pelajar universiti awam dengan Menteri Pendidikan II, Dato’ Seri Idris Jusoh di Bilik Seminar, Pusat Penyelidikan Sains dan Kejuruteraan (SERC) disini semalam.

Perjumpaan singkat yang mengambil masa lebih kurang satu jam itu diisi dengan soal jawab antara pemimpin pelajar yang mewakili universiti masing-masing dalam hal-hal berkaitan dengan pendidikan tinggi dan isu-isu semasa.

HiTea-8672

Menjawab soalan salah seorang wakil mahasiswa, beliau menegaskan tiga daripada 10 lonjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, PPPM (PT) adalah melahirkan graduan holistik yang mempunyai ciri-ciri keusahawanan disamping keseimbangan dalam menjalani kehidupan sebagai mahasiswa yang berkualiti.

HiTea-8680

Perkara kedua yang ditekankan dalam pelan tersebut adalah pensyarah yang mempunyai bakat dan berkualiti serta perkara-perkara lain yang dapat menyokong pembangunan pendidikan negara termasuk kelestarian kewangan, urus tadbir yang baik dan sebagainya.

HiTea-8685

Hampir 100 mahasiswa dari 20 Institut Pengajian Tinggi Awam mengambil peluang bersama-sama dalam sesi minum petang Tokoh Siswa 2014 sebelum majlis kemuncak iaitu Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2014 anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan USM yang julung kali diadakan di Dewan Utama, Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM), Nibong Tebal pada sebelah malam.

HiTea-8688

Hadir sama adalah Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato' Dr. Omar Osman, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni USM, Profesor Dr. Adnan Hussein, Setiausaha Politik, Datuk Hj. Abdul Halim Jusoh dan pegawai dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta pegawai utama universiti.

HiTea-8695

Jadual yang padat turut tidak menghalang Idris yang sebelum itu sempat beramah mesra bersama Pengurusan Tertinggi USM dalam sesi Teh Tarik di Bistro Mohamaad Nasi Kandar, Nibong Tebal yang turut dihadiri Pengarah Kampus Kejuruteraan, Profesor Dr. Zainal Arifin Mohd Ishak.

Teks: Mohd Kamil Ashar / Foto: Bani Faidzzainami Baniyamin