50 STAF HADIRI SEMINAR PUSAKA, WASIAT DAN HIBAH
NIBONG TEBAL, 4 Februari 2016 – Seramai 50 peserta dalam kalangan staf Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) hadiri “Seminar Pusaka, Wasiat dan Hibah” di sini semalam.
Program anjuran Pusat Transformasi Insan (PTI), Universiti Sains Malaysia itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd, Azrin Sabirin dan berlangsung di Dewan Seminar, Bangunan Pentadbiran.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Wasiyyah Shoppe Sdn. Bhd itu, majoriti harta pusaka umat islam sukar diwarisi selepas meninggal kerana harta pusaka hanya dapat diwarisi setelah waris melalui proses perundangan rumit iaitu dengan mendapatkan surat kuasa tadbir dan perintah pembahagian.
“RM42b harta beku disebabkan waris tiada masa uruskan pusaka dan kos pengurusan yang tinggi antara faktor yang menjadi wasiat gagal diselesaikan”, jelasnya.
Tambah Azrin lagi, hibah dari segi bahasanya bermaksud hadiah di mana kita bebas untuk memberikan hibah ini kepada sesiapa yang dikehendaki dan hibah ini perlu dibuat semasa kita masih hidup serta ia adalah merupakan cara yang paling berkesan dalam pembahagian harta.
Program tersebut dianjurkan bertujuan untuk memberikan pendedahan serta menambah ilmu kepada peserta berkaitan pengurusan harta pusaka, wasiat dan hibah.
Teks: Norafiza Osman / Foto: Bani Faidzzainami Baniyamin