Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

HANAFI ISMAIL TOKOH PERSATUAN ELEKTRON MIKROSKOPI MALAYSIA

Nor Rafizah Md Zain (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)

Foto: Muhammad Firdaus Khiruddin  (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)

KUALA LUMPUR , 4 Disember 2015 - Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Hanafi Ismail hari ini dinobatkan sebagai Tokoh dalam kalangan ahli Persatuan Elektron Mikroskopi Malaysia (PEMM).

Pengiktirafan tersebut diberikan semasa majlis perasmian 24th Scientific Conference of Microscopy Society Malaysia (SCMSM) 2015 di Melaka, kelmarin.

"Alhamdulillah, saya bersyukur dan tidak jangka dengan pengiktirafan dan penghormatan yang diberikan oleh PEMM ini atas sumbangan saya selama lebih 15 tahun dalam persatuan ini," kata Hanafi ketika ditemui di Pameran Pecipta Malaysia 2015 di sini hari ini.

Menurut Hanafi, beliau bukan sahaja ahli persatuan malah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa PEMM sejak 10 tahun lalu dan juga Ketua Pengarang buletin rasmi iaitu MicroSom dan ahli sidang pengarang untuk Jurnal of Microscopy Malaysia iaitu Scopus Index journal.

PEMM mempunyai ahli seramai lebih kurang 1,000 orang dalam kalangan ahli akademik dan juga pegawai sains di institusi awam dan swasta seluruh Malaysia dan 50 orang daripadanya ialah staf USM.

"Pengiktirafan ini bukan sahaja untuk saya seorang malah untuk semua warga USM," tambah Hanafi.SCMSM 2015 yang berlangsung dari 2-4 Disember tersebut adalah anjuran bersama PEMM dan Universiti Teknikal Melaka Malaysia (UTeM) dan telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Dr. Abu Bakar Md. Diah.