LPP BERMINAT ANJUR SUKAN DI KAMPUS KEJURUTERAAN

Peladang 20150514 155859

NIBONG TEBAL, 15 Mei 2015 – Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Negeri Perak selaku tuan rumah bagi penganjuran Sukan Dwi Tahunan mereka, berminat untuk mengadakan program tersebut di Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Sukan tersebut dijangka akan diadakan pada bulan Ogos tahun hadapan yang akan mengumpulkan 1000 orang kakitangan lembaga itu dari seluruh negara.

Peladang 20150514 153644

Menurut Pengarah, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Negeri Perak, Hamzah Bahari, berkata pihaknya telah berbincang dengan jawatankuasa kelab sukan negeri dan membuat beberapa tinjauan awal lokasi yang sesuai bagi penganjuran program tersebut.

“Ini merupakan program besar dan melibatkan kakitangan LPP dari seluruh negara”, kata Hamzah ditemui semasa lawatan lokasi disini semalam.

“Oleh itu, kami LPP Negeri Perak selaku tuan rumah berhasrat untuk memberikan yang terbaik seterusnya menjadikan Sukan Dwi Tahunan pada kali ini meninggalkan kenangan manis kepada seluruh staf yang terlibat”, katanya lagi.

Peladang 20150514 155833

Menurut beliau lagi, terdapat lebih 12 acara sukan yang akan dipertandingkan dalam temasya sukan tersebut termasuk acara sukan dalaman atau indoor games.

Dalam lawatan itu, beberapa lokasi telah dikenalpasti antaranya kompleks sukan, padang bola sepak, gelanggan sepak takraw, tenis, bola tampar, futsal dan badminton.

Peladang 20150514 160501

Selain itu, kemudahan lain yang bakal digunakan termasuk Dewan Utama, Dewan Kuliah, Dewan Pusat Pembangunan Mahasiswa (PUMA) dan tempat penginapan di Desasiswa Lembaran dan Jaya serta beberapa unit rumah tamu di Desasiswa Utama.

Majlis perasmian dan penutup program tersebut dijangka akan dihadiri oleh beberapa kenamaan dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta kerajaan negeri Perak sendiri.

Teks: Mohd Kamil Ashar / Foto: Wan Khairul Faizee Wan Zulkifli

xICON-BAKAL PELAJARixICON-PELAJARxICON-IBUBAPAPELAWATxICON-STAFFxICON-ALUMNI