Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

USM MUNCUL JUARA DALAM APIC2018

1

KUALA LUMPUR, 21 Ogos 2018 - Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini mencapai satu lagi kejayaan dengan memenangi Student Program at the Asia Petrochemical Industry Conference 2018 (APIC 2018). Student Program APIC 2018 dipengerusikan oleh Persatuan Petrokimia Malaysia (MPA) dengan sokongan PETRONAS. Program ini diperkenalkan dengan matlamat untuk menyediakan medium antarabangsa kepada pelajar dalam menyerlahkan bakat serta kemampuan menghasilkan projek “Emerging Smart Material in Petrochemicals Applications". Melalui program ini, para pelajar didedahkan dengan lawatan ke Projek RAPID Petronas di Pengerang, forum bersama syarikat dan pembentangan projek.

 

2

Pasukan ini diketuai oleh penasihatnya, Dr. Raa Khimi Bin Shuib dari Program Kejuruteraan Polimer, Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, USM bersama-sama anggota pasukan yang terdiri daripada Chin Sheng, Amirah Azwani, Muhamad Nurhaziq, Nur Diyana Syazni dan Pitiphong Srisuwan.

Penyertaan yang telah diangkat menjadi juara iaitu ‘Self Healing Elastomeric Material for Petrochemical Hoses’ berjaya menewaskan empat universiti lain dalam kategori yang sama. Pemenang menerima hadiah bernilai RM 5,000 berserta cenderahati dan sijil penghargaan. Video yang membawa kepada kemenangan ini boleh ditonton melalui pautan: https://www.youtube.com/watch?v=qu3C2Mt0b6o&t=1s

Text/Photo: Dr Raa Khimi Shuib & Assoc. Prof. Dr Nadras Othman