Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

USM JOHAN ROBOCON MALAYSIA 2019

USM JOHAN ROBOCON MALAYSIA 2019

BANGI, 7 April 2019 – Seramai 21 orang pelajar kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) merayakan kemenangan mereka menjuarai Robocon Malaysia 2019 dengan penuh kegembiraan dan menyifatkannya sebagai hadiah Ulang Tahun USM Ke-50.

Pasukan USM itu berjaya mengalahkan musuh tradisi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di dalam pertandingan yang berlangsung pada 5 - 7 April 2019 di Dewan Seri Sarjana, Universiti Tenaga National (UNITEN) di sini.

Mereka membawa pulang trofi, pingat emas dan wang tunai sebanyak RM7,000.

Selaku johan, USM akan mewakili negara di peringkat antarabangsa dalam pertandingan yang akan diadakan di Mongolia pada bulan Ogos ini.

Penyertaan mereka bertemakan Great Urtuu - Sharing the Knowledge. Tema yang sama akan digunakan dalam pertandingan peringkat dunia nanti.

"Kami akan lebih berusaha untuk meningkatkan kualiti robot di pertandingan peringkat antarabangsa bagi mengharumkan nama negara pada masa hadapan," kata Pengurus Pasukan USM, Dr. Anwar Hasni Abu Hassan.

Menurut beliau, objektif utama pertandingan ini adalah untuk berkongsi pengetahuan tentang fabrikasi robot antara universiti-universiti di Malaysia dan mampu meningkatkan persaingan serta taraf pembuatan robot di negara ini.

Robocon Malaysia 2019 dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan penyertaan sebanyak 34 buah universiti dengan tema Satu Langkah, Seribu Lonjakan.

Tahniah USM.

Teks: Mohamad Abdullah