Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

PROGRAM ZIARAH AMAL, 60 PESAKIT TERIMA SUMBANGAN

DSC 4519

NIBONG TEBAL, 24 Mei 2019 – Seramai 60 orang pesakit Hospital Sungai Bakap (HSB) diraikan melalui pemberian sumbangan daripada warga Kampus Kejuruteraan dalam satu lawatan yang diadakan ke hospital tersebut pada hari ini.

Lawatan yang merupakan Program Ziarah Amal ini merupakan anjuran Jawatankuasa Aktiviti Ramadhan, HELWA dan Pusat Islam Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM).

Pengarah Pusat Islam, Ustaz Mohammad Shukri Osman ketika dihubungi berkata bahawa pemberian sumbangan ini adalah sebahagian daripada usaha jabatan itu dalam menyalurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan sempena bulan puasa ini.

“Malah, aktiviti ini sebenarnya telah kami jadikan sebagai aktiviti tahunan setiap kali tibanya bulan yang mulia ini.

“Selain daripada dapat membuat amal kebaikan seperti yang disarankan di dalam agama kita, aktiviti seperti ini juga secara tidak langsung dapat memberikan imej bahawa universiti ini prihatin kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti pesakit-pesakit ini,” tambah beliau.

DSC 4514

DSC 4522

Keseluruhan sumbangan diagihkan kepada pesakit-pesakit dari Wad Kanak-kanak, Wad Wanita, Wad Lelaki dan juga bahagian Hemodialisis.

Bagi Pengarah HSB, Dr. Suriani Saaidin pula menyampaikan ucapan terima kasih beliau di atas sumbangan dan rasa prihatin yang ditunjukkan oleh Pusat Islam kepada pesakit-pesakit yang sedang menerima rawatan di hospital tersebut.

DSC 4536

DSC 4547

“Saya berbesar hati dalam menerima kunjungan wakil-wakil dari Kampus Kejuruteraan yang telah meluangkan masa untuk memberi sedikit kegembiraan kepada mereka semua.

“Sumbangan ini saya percaya membawa makna yang cukup besar kepada mereka semua, apatah lagi, ada di antara mereka ini tidak mempunyai waris yang dapat dijadikan sebagai sistem sokongan,” kata Suriani.

DSC 4560

DSC 4567 2

Turut hadir dalam menyampaikan sumbangan secara langsung kepada pesakit adalah adalah Profesor Madya Ir. Dr. Rosmiwati Mohd Mokhtar dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Dr. Ramdziah Md. Nasir dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik dan ahli-ahli jawatankuasa HELWA Kampus Kejuruteraan.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman