Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

USAHA MENAMBAH BAIK PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN UNTUK PELAJAR

DSC 4903

NIBONG TEBAL, 13 Jun 2019 - Universiti terus berusaha menambaiki kemudahan yang disediakan untuk pelajar terutamanya untuk rekreasi.

Hal ini dinyatakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni) Profesor Dr. Aldrin Abdullah di akhir lawatan kerja beliau di Kampus Kejuruteraan.

"Saya sedang meneliti dan berusaha untuk meningkatkan kemudahan sukan dan rekreasi terutamanya gimnasium di semua kampus,"kata beliau kepada pemimpin pelajar dalam perjumpaan yang diadakan di Pusat Mahasiswa USM Kampus Kejuruteraan.

DSC 4953 2

DSC 4923

Profesor Dr. Aldrin turut meminta Pengarah Kampus Kejuruteraan, Pengarah Jabatan Pembangunan dan pihak Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar (REDAC) membantu menyelesaikan segera masalah tekanan dan kekurangan air di desasiswa yang dibangkitkan oleh pelajar sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

"Saya mengharapkan kerjasama semua pihak untuk membantu dalam kesejahteraan kampus dan keselamatan pelajar.

"Pelajar juga perlu membuat laporan terhadap sebarang isu yang berlaku untuk memudahkan tindakan sewajarnya diambil dan bukan sekadar menjadikannya sebagai khabar angin,"kata beliau

DSC 4908

DSC 4967 2.

Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni) itu mengadakan lawatan untuk melihat dari dekat kemudahan yang ada di sini termasuk rumah penolong penggawa, bilik dan ruang desasiswa termasuk di Desasiswa Utama dan Rumah Tetamu, kemudahan sukan dan rekreasi termasuk dan gelanggang sukan dan gimnasium serta bilik aktiviti pelajar.

Profesor Dr. Aldrin turut mengadakan perbincangan dengan pegawai-pegawai pelbagai jabatan yang ada di Kampus Kejuruteraan di samping pegawai di Bahagian Hal-Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Pengurusan Desasiswa Jaya Lembaran Utama dan pemimpin-pemimpin pelajar.

DSC 4974

DSC 5002

"Saya memandang serius isu kesejahteraan pelajar dan akan mengadakan lawatan lebih kerap di Kampus Kejuruteraan dan Kampus Kesihatan,"kata Profesor Dr. Aldrin.

Pada akhir lawatan, beliau menyerahkan kunci bilik persatuan baharu untuk aktiviti pelajar yang telah dibuat renovasi berhampiran kafetaria dan perpustakaan.

DSC 5056

Yang hadir sama dalam lawatan ini ialah Pengarah Kampus Kejuruteraan, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria, Penggawa Desasiswa Jaya Lembaran Utama Ts Dr Mohd Hazizan Mohd Hashim, Pengerusi Majlis Penggawa Encik Mohd Shafie Ariffin, Timbalan Pendaftar Pusat Perumahan dan Penginapan Encik Mohd Hafiz Assad Zakaria dan pegawai-pegawai lain.

Teks: Mohamad Abdullah/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman