Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

LAWATAN: SEKOLAH KEBANGSAAN BALING KE KAMPUS KEJURUTERAAN

NIBONG TEBAL, 27 Jun 2019 – Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, Universiti Sains Malaysia sekali lagi menjadi pilihan dalam menerima kunjungan Sekolah Rendah Kebangsaan Baling untuk tahun kedua berturut-turut.

Kunjungan sekolah itu disambut baik oleh Pengerusi Jawatankuasa Kampus Kejuruteraan yang juga merupakan pensyarah pusat pengajian itu, Dr. Ahmad Zulfaa Mohamed Kassim.

Beliau yang pertama kali menerima lawatan yang sedemikian berharap dapat menyediakan satu sesi lawatan yang terbaik dalam usaha untuk memupuk minat pelajar ke arah sains dan kejuruteraan seawal usia muda.

“Apa yang utama adalah kita mahu pelajar-pelajar ini mempunyai minat dan idea akan bidang kejuteraan di masa akan datang.

“Apatah lagi jika dilihat secara umum, masih ramai yang tidak memahami bahawa bidang kejuruteraan mempunyai banyak cabang yang boleh diterokai disamping bidang pekerjaan yang menjanjikan pengalaman dan pendapatan yang luman pada masa yang sama,” kata beliau.

Selain dibawa lawatan ke beberapa makmal terpilih sekitar pusat pengajian, seramai 82 orang murid tahun enam dan lapan orang guru pengiring sekolah berkenaan turut dipertontonkan dengan demostrasi dron tanpa alat kawalan jauh.

Pertama kali SK Baling berkunjung dan mengadakan lawatan sambil belajar ke PPK Aero adalah pada 4 Mei 2018.

Lawatan berakhir dengan semua murid dan guru yang terlibat dibawa ke kawasan hanger untuk melihat dengan lebih dekat beberapa model pesawat yang digunakan untuk tujuan pembelajaran pusat pengajian itu.

Teks: Siti faizah Abd Halim