TIGA PASUKAN WAKIL USM DI PERTANDINGAN AKHIR NI ARC 2019

DSC 7060

NIBONG TEBAL, 18 November 2019 – Empat pasukan dari Kampus Kejuruteraan antara yang mewakili universiti dalam pertandingan akhir NI Autonomous Robotic Competition (NI ARC), yang diadakan dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) dan National Instruments Corporation (NI).

Pertandingan akhir ini menyaksikan pasukan Crawler, Deceptions, dan Ace dari USM bertanding bersama-sama tujuh pasukan dari beberapa Pusat Pengajian Tinggi tempatan lain seperti Thalos serta Fidelity (Universiti Putra Malaysia), Electro Spectro serta Gladiators Reborn (Universiti Malaysia Pahang), Airost Team-X serta Airost Team-Y (Universiti Teknologi Malaysia) dan Planet X (Penang Skills Development Centre).

“Program ini telah mengeratkan lagu hubungan baik antara akademia serta industri khususnya dalam pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) melalui kerjasama yang berimpak tinggi, perkongsian pengetahuan serta kesukarelawanan,” kata Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi USM, Profesor Dato' Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed.

DSC 7022

DSC 7049

“Malah, seiring dengan usia 50 tahun USM, kolaborasi antara kedua pihak melalui pertandingan ini semestinya telah membuka peluang interaksi yang lebih dekat antara pihak industri dan pelajar-pelajar kita secara holistik sejajar dengan kehendak pasaran,” tambah beliau.

Dengan tema program Planet Exploration – Mars Exploration, para peserta dikehendaki untuk mereka bentuk dan memprogramkan perisian dalam tempoh tertentu bagi menentukan sokongan akan kehidupan, kajian geologi dan penyedian bantuan ke arah penerokaan manusia di Planet Marikh.

Naib Presiden Perkilangan NI's Asia-Pacific (APAC), Rajesh Purushothaman dalam ucapannya pula menyatakan ucapan terima kasih beliau kepada semua universiti yang terlibat kerana memberi peluang kepada pelajar masing-masing untuk menyertai pertandingan sambil menimba pengalaman sebenar seperti ini.

DSC 7071

DSC 7120

“Namun, perlu diingatkan bahawa kemenangan bukanlah fokus utama di dalam NI ARC 2019 ini.

“Di dalam pertandingan ini, kita mahu pelajar-pelajar ini menjadi mahir dengan kemahiran insaniah yang dapat digunakan oleh mereka dalam dunia pekerjaan yang sebenar di masa akan datang,” kata Rajesh.

Semua pasukan yang terlibat di dalam NI ARC telah diberikan bimbingan oleh para jurutera dari NI sendiri dan dibekalkan dengan satu unit myRIO 1900 untuk setiap pasukan bersama-sama RM1500 untuk mereka membina robot, trek dan lain-lain.

DSC 7136

Keputusan akhir menyaksikan dua pasukan USM iaitu Crawler (tempat ketiga) serta Deceptions (saguhati khas) berada di antara lima yang terbaik disamping pasukan Airost Team-X sebagai juara dan Airost Team-Y sebagai naib juara.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman

xICON-BAKAL PELAJARixICON-PELAJARxICON-IBUBAPAPELAWATxICON-STAFFxICON-ALUMNI