Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

PROXY ALLIANCE WAKIL ZON UTARA DI XPAXKEK SEMESTER 2 2019

WhatsApp Image 2019 12 09 at 3.01.47 PM

KUALA LUMPUR, 24 November 2019 - Pasukan Proxy Alliance dari Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) menjadi Johan Zon Utara dan seterusnya bertanding bersama empat zon lain dari seluruh Malaysia di Grand Final Celcom XPAX Kejohanan E-Sukan Kampus (XPAXKEK) Semester 2 2019.

Melalui pusingan kelayakan di peringkat suku akhir tersebut, Proxy Alliance telah menewaskan lebih daripada 100 pasukan lain dari Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta dari seluruh negara dan melayakkan mereka untuk merebut gelaran juara dalam kejohanan akhir yang diadakan di The Curve, Damansara.

WhatsApp Image 2019 11 24 at 3.04.22 PM

Peringkat akhir yang berlangsung dari 23 hingga 24 November 2019 ini menyaksikan pasukan USM yang mewakili zon Utara bertanding dengan pasukan-pasukan lain dari Zon Selatan, Zon Timur, Zon Tengah dan Zon Borneo.

Walaupun telah memberikan saingan yang sengit, Proxy Alliance akhirnya menamatkan saingan di peringkat suku akhir apabila tewas 2-0 kepada juara bertahan musim lalu iaitu pasukan Ultra Instinct dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Sukan dengan tahap kompetisi yang tinggi ini diharap dapat menjadi galakan kepada lebih banyak penyertaan dari kalangan penuntut IPT dan menjadi salah satu medium untuk menaikkan nama USM serta Kampus Kejuruteraan di masa akan datang.

WhatsApp Image 2019 12 09 at 3.01.50 PM

Dianjurkan secara bersama antara Celcom Axiata Berhad, Media Prima Berhad di bawah naungan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, XPAXKEK menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM180,000.

WhatsApp Image 2019 12 09 at 3.01.47 PM 1

Pasukan Proxy Alliance dianggotai oleh enam orang pelajar iaitu Mohammad Hafizam Mohd Harizi, Amierul Hafiezam Jamaludin, Mohamad Zulhisyam Mohd Zaini, Mohammad Hakimi Firdaus Mamat, Mohd Shazwan Zainon, Mohammad Naim E Shamsuddin, Azfar Husni selaku Pengurus Pelajar dan Eddie Norshamshidi dari Unit Sukan Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni (BHEPA).

Teks: Siti Faizah Abd Halim dan Eddie Norshamshidi / Foto: Eddie Norshamshidi