Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

JABATAN PENDAFTAR KEJURUTERAAN SANTUNI PENGHUNI PPRT

WhatsApp Image 2023 04 13 at 6.53.42 PM 1

SIMPANG AMPAT, 14 April 2023 – Jabatan Pendaftar Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) menyantuni penghuni Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) melalui kunjungan ke 20 buah rumah di sini baru-baru ini.

Kunjungan ini merupakan inisiatif Timbalan Pendaftar Jabatan Pendaftar Kejuruteraan iaitu Encik Mior Zulbahri M. Chek yang berharap agar ianya dapat menyemai sifat berkasih sayang antara kakitangan beliau dengan mereka yang kurang bernasib baik.

WhatsApp Image 2023 04 13 at 6.50.03 PM

Malah, ianya juga diharap dapat menggembirakan mereka yang sedang dihimpit kesusahan sambil menanam sifat keinsafan di hati 17 orang kakitangan yang terlibat dalam kunjungan tersebut.

Turut disampaikan melalui kunjungan tersebut adalah sumbangan berupa duit raya serta barangan dapur seperti beras, gula serta keperluan harian lain.

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Ihsan Jabatan Pendaftar Kampus Kejuruteraan USM