Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

EKSPO WUS101, MALAM KEBUDAYAAN, PAMERAN STATIK DAN KURSUS KOKURIKULUM BERKREDIT, GELANGGANG BENTUK PELAJAR BERILMU, BERKETERAMPILAN DAN HOLISTIK

DSC 6260

NIBONG TEBAL, 24 Mei 2023 – Ekspo Keusahawanan WUS101 dan Malam Kebudayaan, Pameran Statik dan Demo Kursus Kokurikulum Berkredit Semester 2, Sidang Akademik 2022/2023 yang diadakan di Dewan Utama Kampus kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) diharap dapat membentuk pelajar yang berilmu, berketerampilan dan Holistik.

“Selain daripada nilai-nilai tersebut, program ini juga diharap dapat menyemat kemahiran insaniah yang berterusan dalam diri mereka masing-masing demi memastikan kelestarian hari esok di samping mencungkil bakat-bakat terpendam di kalangan para pelajar juga,”.

Perkara yang berikut dinyatakan oleh Timbalan Pengarah Pusat Rancangan Kokurikulum Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr. Mohd Salman Abu Mansor Ketika hadir dan sama-sama turun padang sepanjang program tersebut yang diadakan dari 23 hingga 24 Mei baru-baru ini.

sdasdasda

Menurut Profesor Madya Dr. Salman lagi, program seperti ini juga adalah sangat baik kerana berjaya dilaksanakan melalui kombinasi dan integrasi kursus-kursus kokurikulum yang terdiri daripada teras keusahawanan, kebudayaan, daya usaha dan inovasi, sukan, kelestarian, pengucapan awam dan kesukarelawanan yang ditawarkan di Pusat Rancangan Kokurikulum Kampus Kejuruteraan.

“Apatah lagi, program ini juga dapat membuka peluang serta memberi pendedahan kepada pelajar untuk mempelajari ilmu yang baharu sambil meningkatkan lagi sahsiah diri mahasiswa serta mahasiswi USM melalui penglibatan dalam aktiviti kokurikulum berkredit seperti ini,” tambah beliau.

Dari sudut pandang yang berbeza, Pengerusi Rancangan Pusat Rancangan Kokurikulum Kampus Kejuruteraan, Dr. Azam Taufik Mohd Din pula menyatakan keterujaan beliau dalam melihat kejayaan program yang dikelolakan oleh pelajar-pelajar Kursus Pengurusan Acara (WSC 127) dan Asas Keusahawanan (WUS101) ini.

dsadsadasdasd

“Program ini dapat dilaksanakan berkat dedikasi, kerja keras, dan kreativiti pelajar serta peserta kedua-dua kursus.

“Mereka telah membuktikan kemampuan masing-masing dalam mengatur dan mengelola setiap aspek acara ini yang bermula dari perencanaan, pengorganisasian, hingga pelaksanaan di mana ianya dijalankan dengan sangat baik serta terancang,” kata beliau.

“Program malam ini berjaya kerana mereka telah berkhidmat dengan penuh dedikasi serta profesionalisme dan ianya adalah contoh nyata bagaimana kerja berpasukan yang kukuh dapat mencapai hasil yang luar biasa,” tambah Dr. Azam.

sdadsasddsada

Program yang dianjurkan selama dua hari ini meyaksikan 726 pelajar dibahagikan kepada 140 kumpulan di mana mereka harus membuka gerai jualan dan seterusnya mempraktikkan amalan keusahawan sebenar kepada semua pengunjung yang hadir.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman