Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

USM ULTRA 2023: PROGRAM LARIAN LASAK ANTARABANGSA MEMUKAU DI KAMPUS KEJURUTERAAN

WhatsApp Image 2024 01 01 at 5.42.16 PM

NIBONG TEBAL, 31 Disember 2023 - Kehangatan sukan dan semangat juang yang tinggi memenuhi Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) dalam program USM Ultra 2023 pada hari terakhir tahun ini.

Acara yang dianjurkan oleh Unit Sukan Kampus Kejuruteraan bersama Kelab Sukan dan Rekreasi Kejuruteraan ini menjadi satu lagi peristiwa unggul di bawah BAHAGIAN Hal Ehwal Pejabat Pelajar dan Alumni (BHEPA), menonjolkan keunggulan dalam menganjurkan aktiviti sukan peringkat antarabangsa.

Program ini berkonsepkan larian lasak, menawarkan pelbagai kategori termasuk 60km, 35km dan 11km sebagai acara utama dan 5km sebagai acara Fun Run.

Menariknya, larian ini melibatkan tiga negeri utama iaitu Pulau Pinang, Perak, dan Kedah menjadikan USM sebagai pusat penyelenggaraan yang unik. Larian off-road yang dilalui mencabar peserta dengan laluan sebanyak 70% menjadikannya acara yang sangat dinanti-nantikan.

415727797 18248039725240872 6930752357895875698 n  DSC3719

415721239 18248039695240872 7430209660302569873 n WhatsApp Image 2024 01 02 at 7.08.14 AM

Pengarah Projek dan Penasihat Kelab Rekreasi USM Kejuruteraan, Encik Eddie Norshamshidi Abd Rashid, dalam temubual menyatakan bahawa program ini lebih dari sekadar acara sukan malah ia melibatkan nilai-nilai kepimpinan, kerjasama, dan kesungguhan sambil memberikan peluang untuk mempromosikan Kampus Kejuruteraan kepada masyarakat luar.

"Program ini membuka pintu kepada pelajar dan staf untuk mendapatkan pendedahan dan pengalaman dalam penganjuran acara berskala besar," kata Eddie.

“Dengan penyertaan peserta yang mencapai 420 orang dari dalam dan luar negara, kampus kejuruteraan telah menjadi tempat berkumpulnya semangat sukan dan kecintaan kepada alam semulajadi sejak 30 Disember 2023”, tambahnya lagi.

 DSC4374  DSC4363 

 DSC4406  DSC4398

Pihak penganjur turut menjalin kerjasama dengan syarikat pengurusan acara terkemuka, MEP-21 yang mahir dalam pengurusan program sukan, larian dan acara berbasikal.

Pihak dalaman yang turut terlibat dalam menjayakan acara berprestij ini adalah Pejabat Pengarah, Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Aset (JPPF), Unit Kesihatan, Jabatan Keselamatan, Pusat Islam, dan sukarelawan staf turut memberikan sokongan penuh.

Pihak luar seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dari cawangan Seberang Perai Selatan, Kerian, dan Bandar Baharu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia cawangan Bandar Baharu dan Seberang Perai Selatan, Jabatan Kerja Raya (JKR) Seberang Perai Selatan, Majlis Bandaraya Seberang Perai, Majlis Perbandaran Daerah Bandar Baharu, Majlis Perbandaran Daerah Kerian, Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Utara, N8 Sports Nutrition, Santai Compress dan Sprint Sportswear turut menyumbangkan kerjasama mereka.

Hadir dalam majlis pelepasan peserta acara 5km, Profesor Ts. ChM. Dr. Ahmad Zuhairi Abdullah, Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia mewakili Pengarah Kampus, Profesor Datin Dr. Azlina Harun@Kamaruddin untuk melancarkan acara tersebut.

Teks: Mohd Kamil Ashar/Foto: Ihsan MEP-21