Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

INISIATIF HADAPI GANGGUAN BEKALAN AIR BERJADUAL, JPPF ‘BAWA’ 40,000 LITER AIR BERSIH KE KAMPUS KEJURUTERAAN

IMG 20240110 WA0010

NIBONG TEBAL, 10 Januari 2024 – Dalam menghadapi gangguan bekalan air berjadual di Pulau Pinang, Jabatan Pembangunan dan Pengurusan fasiliti (JPPF) Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengambil insiatif dan berjaya ‘membawa’ 40,000 liter air bersih ke kampus hari ini.

Bekalan air bersih tersebut disalurkan oleh Perbadanan Bekalan Air (PBA) Pulau Pinang melalui sebuah lori tangki air jumbo sebagai respon kepada permohonan yang dibuat oleh JPPF Kampus Kejuruteraan USM kepada pihak mereka baru-baru ini.

IMG 20240110 WA0014 IMG 20240110 WA0016

Inisiatif JPPF adalah bertujuan untuk menyalurkan air bersih secara langsung dari tanker ke tangki domestik demi kemudahan 400 orang pelajar yang menetap di desasiswa kampus sepanjang tempoh gangguan ini.

Ganguan bekalan air di Pulau Pinang dijadualkan dari 10 Januari hingga 15 Januari 2024 akan datang dan pada masa ini, tangki air di Kampus Kejuruteraan USM mempunyai kapasiti anggaran 75,000 liter per blok.