Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

REDAC TURUT SERTA DALAM KOLABORASI LAWATAN SAMBIL BELAJAR USM DAN UNIVERSITY OF TASMANIA

DSC 8622

NIBONG TEBAL, 19 Januari 2024 - Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar (REDAC) turut terlibat dalam kolaborasi lawatan sambil belajar University of Tasmania, Australia ke Universiti Sains Malaysia (USM) di sini baru-baru ini.

Merupakan sebuah program di bawah kelolaan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh yang berteraskan kelestarian, REDAC telah terpilih dalam mendedahkan peserta akan pengurusan sistem saliran Bio-Ekologikal pilot negara yang dikenali sebagai BIOECODS.

DSC 8657 DSC 8660

DSC 8731 DSC 8827 

“Kami sangat teruja dan bersyukur kerana dapat berkongsi pengalaman dan bertukar ilmu pengetahuan dengan para pelajar dari University of Tasmania sepanjang program ini dijalankan,” kata Pengarahnya, Profesor Madya Dr. Mohd Remy Rozainy Mohd Arif Zainol.

“Malah, aktiviti yang diadakan seperti berbasikal sekitar kampus sambil melawat ke tapak saliran BIOECODS juga telah membuka peluang kepada peserta untuk melihat secara langsung akan sistem berteraskan kelestarian yang telah dibangunkan di kampus Kejuruteraan ini,” tambah beliau.

Pengarah projek yang merupakan Pegawai Sains REDAC, Encik Syafiq Shaharuddin pula berkata, selain daripada aktiviti berbasikal dan lawatan ke BIOECODS, peserta turut terlibat dalam cabaran berakit di sebelah petang.

DSC 8900 DSC 8920 

DSC 8991 DSC 9022

“Ianya bertujuan untuk memperlihatkan kerjasama berpasukan antara semua peserta, yang seterusnya dapat membina hubungan berbeza budaya antara Malaysia dan Australia memandangkan program ini turut melibatkan pelajar dari Kampus Kejuruteraan USM juga,” kata beliau.

“Semoga program hari hari ini dapat mencapai objektif kelestraian seperti yang diharapkan dan memberi impak kerjasama yang baik USM kepada 45 orang pelajar dan 5 orang staf dari University of Tasmania ini,” tambah Syafiq.

Teks: Syafiq Shaharuddin dan Siti Faizah Abd Halim/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman