Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

PERTEMUAN PENGARAH, MPP KAMPUS KEJURUTERAAN TEMUI TITIK PERSAMAAN DALAM KONSEP KEPIMPINAN APEX

DSC 9589

NIBONG TEBAL, 31 Januari 2024 – Pertemuan antara Pengarah, Profesor Datin Dr. Azlina Harun @ Kamaruddin dan ahli Majlis Perwakilan Pelajar, Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) yang diadakan hari ini temui titik persamaan khususnya dalam konsep kepimpinan berlandaskan program Accelerated Programme for Excellence (APEX).

Selain senang dengan pertemuan yang berlangsung di Pejabat Pengarah, Kampus Kejuruteraan kali ini, kemahiran setiap ahli dalam berinteraksi, terutamanya ketika menyampaikan persoalan serta permasalahan berkaitan turut menarik perhatian Profesor Datin Dr. Azlina.

DSC 9608

DSC 9591

Beliau juga telah menyampaikan ucapan penghargaan kepada barisan pegawai yang telah terlibat secara langsung dalam menguruskan hal ehwal pelajar sambil memberi galakan agar meneruskan usaha untuk sentiasa berkomunikasi dengan mereka kelak.

Ucapan terima kasih, khasnya kepada para pegawai yang berdedikasi dan bekerja keras dalam menguruskan hal ehwal pelajar selama ini turut disampaikan oleh beliau secara langsung ketika pertemuan tersebut.

Selaku Pengarah Kampus, Profesor Datin Dr. Azlina telah memberi galakan agar peranan serta komunikasi antara kedua-dua belah pihak dikekalkan demi memberi ruang kepada penyampaian maklumat yang berkesan terutamanya berkaitan pelajar di Kampus Kejuruteraan.

DSC 9578

DSC 9619

Ketika pertemuan tersebut, beliau turut menyampaikan pesanan, bukan sahaja kepada MPP malah semua pelajar kejuruteraan USM untuk menumpukan sepenuh perhatian pada peperiksaan akhir semester yang akan bermula pada 5 Februari akan datang demi mengekalkan prestasi akademik masing-masing.

Hadir sama dalam pertemuan ini adalah Penolong Pendaftar Kanan Pejabat Pengarah Kampus Kejuruteraan, Encik Mohd Kamil Ashar,  Penolong Pendaftar Kanan Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni Kampus Kejuruteraan, Encik Mohd hafiz Ali Mohd Anuar, Penolong Pendaftar Kanan, Pusat Perumahan Dan Penginapan Universiti Kampus Kejuruteraan, Puan Farah Hamid serta barisan Penolong Desasiswa Lembaran, Encik Mazlifendirizan Md Rejab dan Encik Mohd Nur Badri Mohd Nazli.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman