Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

PENGARAH KAMPUS LANCAR MANFAAT BARU TKS, LIMA PESARA DAN BAKAL PESARA KAMPUS KEJURUTERAAN USM JADI PENERIMA SULUNG

DSC 9921 copy 1280x853

NIBONG TEBAL, 8 Februari 2024 – Pengarah Kampus, Profesor Datin Dr. Azlina Harun @ Kamaruddin melancarkan manfaat baru Tabung Kebajikan Staf (TKS), peringkat Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) untuk para pencarumnya dalam satu majlis ringkas di sini hari ini.

DSC 9866 copy 1280x853

DSC 9880 copy 1280x853

Pada majlis tersebut, lima orang dari kalangan pesara serta bakal pesara Kampus kejuruteraan USM menjadi penerima sulung manfaat tersebut dan disampaikan secara langsung oleh beliau sambil diiringi oleh Timbalan Pendaftar, Encik Mior Zulbahri M. Chek.

Profesor Datin Dr. Azlina berkata, matlamat penubuhan tabung ini adalah selaras dengan usaha pihak universiti untuk memperluaskan lagi aspek kebajikannya kepada semua staf akademik dan pentadbiran USM.

DSC 9889 copy 1280x853

DSC 9864 copy 1280x977

“Malah, pada 9 November 2023 yang lalu, manfaat baru yang dilancarkan pada hari ini telah diwujudkan untuk semua pencarum TKS melalui pemberian wang sebanyak RM200 dan sijil penghargaan kepada pesara.

“Ianya mula berkuatkuasa sejak 1 Januari 2024 yang lalu,” kata beliau.

Encik Mior Zulbahri M. Chek, dalam ucapan beliau pula berkata, sumbangan yang diberikan kepada TKS bukan sekadar memberi manfaat kepada para kakitangan, malah kepada anak-anak dan ahli keluarga mereka juga.

DSC 9895 copy 1280x853 DSC 9899 copy 1280x853

DSC 9902 copy 1280x853 DSC 9908 copy 1280x853

DSC 9910 copy 1280x853

“Antara manfaat pencarum TKS adalah seperti Sumbangan Dermasiswa Pendidikan untuk anak staf yang melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda, Sumbangan Kematian untuk staf dan pasangan, Bantuan Bencana Alam, Sumbangan Staf Kemalangan, Sumbangan Staf Kehilangan Anggota Badan dan Sumbangan Staf Dimasukkan ke Hospital,” kata beliau.

Lima orang pesara dan bakal pesara yang menjadi penerima sulung manfaat pada majlis hari ini adalah Encik Masseri Nayang, Puan Hasnah Hassan, Puan Fauziatun Dahari, Puan Shahida Abd Razak dan Puan Nazik Yusoff.

Teks: Siti Faizah Abdul Halim/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman