Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

MANIFESTASI PERPADUAN UTUH PELAJAR KAMPUS KEJURUTERAAN DALAM KEBERSAMAAN SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA

WhatsApp Image 2024 02 09 at 5.03.37 PM

NIBONG TEBAL, 9 Februari 2024 – Kebersamaan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Majlis Penghuni Desasiswa Jaya Lembaran Utama (MPDJLU), Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) dalam meraikan sambutan Tahun Baru Cina menjadi manifestasi utuh perpaduan antara pelajarnya.

Melalui program yang turut melibatkan Pusat Perumahan Dan Penginapan Universiti (HAC) Kampus Kejuruteraan dan Pengurusan Desasiswa JLU ini, turut diedarkan 1000 biji buah limau kepada pelajar-pelajar di sekitar kafe Lembaran.

WhatsApp Image 2024 02 09 at 5.03.36 PM  WhatsApp Image 2024 02 09 at 5.03.37 PM 2

Biarpun perayaan Tahun Baharu Cina disambut ketika pelajar USM masih berada di minggu peperiksaan namun ia bukan penghalang kepada pelajar di Kampus Kejuruteraan untuk meraikannya bersama rakan-rakan.

Inisiatif kebersamaan ini adalah penting bagi menyerlahkan betapa USM sentiasa menyantuni para pelajar tanpa mengira bangsa dan agama terutamanya di hari perayaan.

Rata-ratanya menyambut baik suasana sebegini terutama yang berbangsa Tionghua dan pelajar antarabangsa dari Republik Rakyat China kerana berpeluang menyambut tahun baru bersama rakan-rakan lain di dalam kampus.

WhatsApp Image 2024 02 09 at 5.03.38 PM

WhatsApp Image 2024 02 09 at 5.03.38 PM 2

Aktiviti ini juga sekurang-kurangnya menghidupkan kegembiraan suasana perayaan kepada pelajar yang tidak dapat menyambut tahun baru cina bersama keluarga mereka di tanah air.

Teks disediakan oleh Encik Mohd Hafiz Ali Mohd Anuar. Beliau merupakan Penolong Pendaftar Kanan Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) Kampus Kejuruteraan, USM.

Foto: Unit Media MPP Kampus Kejuruteraan, USM.