Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

USM DAN BEAM MOBILITY JALIN KERJASAMA PERLUAS e-SKUTER KE KAMPUS KEJURUTERAAN

DSC 9985

NIBONG TEBAL, 16 Februari 2024 – Kerjasama antara BEAM Mobility Malaysia Berhad dan Universiti Sains Malaysia (USM) telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Pejabat Pengarah Kampus Kejuruteraan hari ini.

BEAM Mobility Malaysia Berhad telah beroperasi di Kampus Induk USM dengan menggunakan e-Skuter yang kini digunakan secara meluas oleh pelajar. Dalam usaha untuk meningkatkan kemudahan kepada pelajar, perkhidmatan e-Skuter ini telah dipersetujui diperluaskan ke Kampus Kejuruteraan.

DSC 9957

DSC 9994

Penggunaan e-Skuter ini telah menjadi alternatif pengangkutan yang popular dalam negara kita termasuk di Unversiti Awam dan Swasta pada masa kini. Sebanyak 60 unit e-Skuter akan disediakan dengan kawasan parkir tetap dan sementara yang telah dikenal pasti dalam kawasan kampus.

Menurut Pengarah Kampus, Profesor Datin Dr. Azlina Harun @ Kamaruddin tempoh percubaan selama 6 bulan akan diberikan dan perkhidmatan ini akan diteruskan sekiranya berjaya.

“Dengan adanya perkhidmatan ini diharap dapat memberikan alternatif baru kepada warga kampus khususnya pelajar untuk bergerak dengan lebih pantas dalam kawasan kampus”, katanya.

“Namun begitu, saya berharap semua pengguna sentiasa berhati-hati dan mematuhi keselamatan yang telah ditetapkan dalam menggunakan perkhidmatan e-Skuter ini”, tambahnya lagi.

DSC09678 DSC09683 

DSC09687 DSC09689

Hadir dalam majlis ringkas ini adalah Isabella Scheers, Rakan Kongsi Kanan mewakili pihak Beam Mobility Malaysia Berhad, Encik Mohd Hafiz Ali Mohd Anuar, Ketua Unit Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA), Encik Mohd Isshak Mohd Isa, Ketua Unit, Jabatan Keselamatan dan wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Teks: Mohd Kamil Ashar/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman