Skip to main content

TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA TINJAU KEMAJUAN PROJEK NAIK TARAF BEKALAN AIR BERSIH USM KEJURUTERAAN, HARAPAN BARU UNTUK 3900 WARGA KAMPUS

There is no translation available.

DSC 9308

NIBONG TEBAL, 5 Julai 2024- YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya, hari ini turun padang meninjau kemajuan kerja Projek Menaik Taraf Sistem Bekalan Air Bersih di Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM).

Menurut Datuk Seri Ahmad Maslan, projek yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk Kampus Kejuruteraan USM ini bernilai RM6.15 juta dan telah mula dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) sejak 28 Februari 2023.

”Namun demikian, ianya dijangka siap lebih awal pada penghujung bulan Julai akan datang berbanding tarikh asal, iaitu pada 26 Ogos 2024,” kata beliau.

”Projek tangki air setinggi 30 meter ini dilaksanakan dengan tujuan untuk meningkatkan kapasiti bekalan air bersih kepada 3900 penghuni dalam kampus yang berkeluasan 364.9 ekar.

DSC 9247 DSC 9242

DSC 9266 DSC 9276

”Ianya akan mengatasi masalah tekanan air rendah yang berada di bawah nilai 14 psi kampus, di mana ianya telah telah berlarutan sejak 10 tahun lepas lagi,” tambah Ahmad Maslan.

Antara skop utama projek ini adalah pembinaan tangki air berkapasiti 1.597 juta liter, tangki sedutan berkapasiti 795,000 liter, rumah pam, serta kerja-kerja elektrik, dan mekanikal yang berkaitan.

Turut hadir adalah ADUN Tanjong Bungah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Pembangunan Digital Negeri Pulau Pinang, YB Zairil Khir Johari, Pengarah Kerja Raya Pulau Pinang, Ir. Ahmad Nadzri Abdul Majid, Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Profesor Ir. Ts. Dr. Shahrel Azmin Sundi @ Suandi dan Jurutera Daerah Seberang Perai Selatan, Ir. Shaiful Munir Leman.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman