Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

EXCELLENT RESEARCH AWARD IN INOVA 2019, PROFESOR HANAFI JADI KEBANGGAAN

hanafi1

PULAU PINANG, 17 November 2019 – Untuk yang kesekian kalinya, Profesor Ts. Dr. Hanafi Ismail dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, Universiti Sains Malaysia (USM) telah menaikkan nama USM dalam penyelidikan dan inovasi apabila beliau dipilih sebagai penerima Anugerah Penyelidikan Cemerlang dari Croatian Inventors Network pada International Invention Show (INOVA 2019) kali ke-44 yang diadakan di Zagreb, Croatia dari 13-16 November 2019.

Produk penyelidikan inovatif yang dimenangi oleh Hanafi adalah "D-Foam - Dual Function of Innovative Green Foam."

hanafi2

Melalui anugerah tersebut, Hanafi, yang juga Pengarah Pusat Inovasi dan Perundingan USM, menerima piala, pingat emas dan sijil dari Presiden Croatian Inventors Network, Ljiljana Pedisic.

Merupakan ahli Juri Antarabangsa INOVA 2019, penyertaan beliau pada pameran reka cipta ini juga turut ditaja sepenuhnya oleh penganjur INOVA 2019.

Selain daripada itu, tahun-tahun sebelumnya turut menyaksiakan pelbagai anugerah berprestij dari dalam dan luar negara telah dimenangi oleh beliau yang sangat dikenali dalam bidang penyelidikan dan inovasi di Malaysia ini.

INOVA, sejak tahun 1971 telah menjadi sebahagian daripada tradisi di mana penganjurannya menjadi medan pameran kepada hasil penyelidikan teknikal terbaik dari kalangan penyelidik dan pencipta di Eropah Timur.

Dikenali sebagai salah satu pameran reka cipta antarabangsa terbesar di Eropah Tenggara, INOVA juga telah berjaya menarik pelbagai penyertaan dari kalangan usahawan tempatan dan asing serta pihak industri.

Teks: Tan Ewe Hoe/Foto: Sumbangan Prof. Ts. Dr. Hanafi Ismail