Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

USM PANTAU PERKEMBANGAN SEMASA, IKUT SOP CEGAH PENULARAN 2019-nCoV

41580277255 Koronavirus edited

PULAU PINANG, 30 Januari 2020 – Universiti Sains Malaysia (USM) sentiasa peka kepada perkembangan semasa berhubung isu penularan 2019 novel Coronavirus (2019-nCoV) di negara ini dan telah mengenal pasti prosedur operasi standard (SOP) dalam mencegah penularan virus itu khususnya di kampus-kampus USM.

Antara langkah yang diambil adalah dengan menasihatkan staf dan pelajar yang akan ke China agar membuat penangguhan perjalanan, selain bersedia menjalankan saringan rapi terhadap staf dan pelajarnya yang baru kembali dari China, sama ada yang kembali dari cuti semester atau pelajar baharu yang tiba di Malaysia.

Pelajar yang kembali dari cuti semester atau pelajar baru dari negeri China perlu menjalani pemeriksaan saringan setempat sebelum meneruskan aktiviti masing-masing.

Pelajar tersebut akan diberi Health Alert Card/Leaflet untuk pemantauan di tempat kediaman.

Seluruh warga USM juga dinasihatkan mematuhi langkah-langkah kesihatan yang perlu melalui maklumat-maklumat yang diedarkan dari semasa ke semasa dan membuat pemeriksaan jika mempunyai simptom-simptom termasuk demam dan selesema.

Coronavirus

Selain mengikuti pengumuman rasmi dari pihak berkuasa terlibat, USM turut mengambil langkah proaktif dengan mengedarkan makluman mengenai langkah-langkah pencegahan yang juga menepati saranan pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).