Skip to main content

PENDEDAHAN KEPADA ASPEK KESELAMATAN MELALUI PROGRAM BORAK SANTAI ANJURAN UKKP

There is no translation available.

DSC 8327

NIBONG TEBAL, 15 Jun 2022 – Program Borak Santai bertajuk Keselamatan dan Kesejahteraan Pelajar anjuran Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) Universiti Sains Malaysia menjadi medium dalam mendedahkan pelajar kepada aspek-aspek berkaitan keselamatan.

Diadakan semula buat pertama kalinya selepas dua tahun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) negara, tujuan lain program ini diadakan adalah untuk mendedahkan pelajar terutamanya dari kalangan penghuni desasiswa kepada pelan tindakan sekiranya berlaku kes-kes kecemasan.

Program yang diadakan di Dewan PUMA, Kampus Kejuruteraan ini mensasarkan pelajar yang baharu mendaftar Kohort kedua sebagai peserta taklimat memandangkan mereka ini adalah pelajar yang baru pertama kali hadir ke kampus sepanjang tempoh pengajian masing-masing.

DSC 8345

DSC 8362

DSC 8388

DSC 8397

DSC 8407

Taklimat ini juga secara tidak langsung akan menjadi medium peringatan semula kepada pelajar-pelajar senior dan memberi kesedaran kepada peserta akan aspek keselamatan serta kesejahteraan di kampus yang perlu dipertingkatkan bagi mengurangkan risiko kemalangan atau kejadian yang tidak diingini.

Selain UKKP, Taklimat diadakan secara komprehensif ini turut mendapat kerjasama dari Jabatan Keselamatan, Unit Kesihatan, Unit Kaunseling dan Desasiswa.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman