Skip to main content

SERAI WANGI BERMULA DENGAN BAIK, UNGGULI DUA KATEGORI DALAM ACARA BOLING HWS 2023

There is no translation available.

Bowl988

KUBANG KERIAN, 25 Ogos 2023 – Pasukan VIP Lelaki dan Pasukan VIP Wanita Kontinjen Serai Wangi memulakan temasya Hari warga Staf 2023 (HWS 2023) dengan baik apabila berjaya mengungguli dan menjadi juara bagi kedua-dua kategori tersebut pada pertandingan tersebut yang di sini hari ini.

Dengan kutipan mata keseluruhan sebanyak 1733, Pasukan VIP Lelaki berjaya menewaskan pasukan Misai Kucing dan pasukan Duri tujuh dan seterusnya meletakkan mereka di tempat yang kedua dan ketiga daripada keseluruhan enam pasukan yang bertanding.

 

Bowl330 Bowl368  

Bowl344 Bowl567 

Bowl592 Bowl567

Dalam pada itu, dengan perbezaan sebanyak 51 mata di hadapan pasukan Misai Kucing, pasukan Wanita VIP berjaya menggungguli permainan dan seterusnya menjadi juara pertandingan kategori tersebut dengan mata keseluruhan sebanyak 1248.

Pasukan VIP lelaki Kontinjen Serai Wangi diwakili oleh Profesor Ir. Dr. Nor Ashidi Mat Isa, Dr. Azam Taufik Mohd Din, Dr. Mohamad Fared Murshed dan Encik Mohd Fazly Yusof manakala pasukan VIP Wanita diwakili oleh Profesor Madya Dr. Zuratul Ain Abdul Hamid, Profesor Madya Dr. Rosmiwati Mohd Mokhtar, Dr. Nurul Hana Mokhtar Kamal dan Puan Aida Shuhaida Mustafa.

Bowl766 Bowl851 

Bowl616 Bowl988

Selain daripada kategori VIP Wanita dan Kategori VIP Lelaki, turut dipertandingkan dalam perlawanan boling HWS 2023 kali ini adalah dua kategori lain iaitu Terbuka Lelaki dan Terbuka Perempuan.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman