Skip to main content

NAIB CANSELOR USM DIANUGERAH TAULIAH KOLONEL (KEHORMAT)

There is no translation available.

15a9345f 293b 4ed3 8f94 f81177a8080e

KUALA LUMPUR, 5 September 2023 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed telah dianugerahkan pangkat Kolonel (Kehormat) sempena Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Tentera Darat yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman, di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sg. Besi di sini.

Penganugerahan ini telah diperkenankan menerusi kelulusan Majlis Angkatan Tentera ke-609.

Seiring dengan penganugerahan pangkat Kolonel (Kehormat) ini, Naib Canselor dilantik sebagai Komandan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) USM berkuat kuasa mulai 7 Ogos 2023.

Turut ditauliahkan pangkat Kolonel Kehormat di dalam majlis tersebut ialah Naib Canselor daripada UUM, UMS, USIM dan UTeM.

Teks: Dr. Lim Chee Aun/Foto: Mohd Fairus Md. Isa/Infografik: Ebrahim Abdul Manan