Skip to main content

JPPF ANJUR BENGKEL RMK-12, BINCANG ROLLING PLAN 3 DI KAMPUS KEJURUTERAAN USM

There is no translation available.

DSC 5057 

NIBONG TEBAL, 13 September 2023 – Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF) hari ini menganjurkan Bengkel RMK-12 yang bertujuan untuk membincangkan Rolling Plan 3 berkenaan penggantian peralatan using dan baru di Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM).

Pengarah Kampus Kejuruteraan USM, Profesor Datin Dr. Azlina Harun @ Kamaruddin dalam ucapan perasmian beliau menyatakan bahawa bengkel ini diadakan supaya semua pihak yang terlibat dapat membelanjakan peruntukkan yang disediakan dengan lebih cekap dan pada masa yang sama memenuhi deadline yang ditetapkan.

“Apatah lagi jumlah yang diperuntukkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sebanyak RM30 juta ini adalah usaha daripada Ketua Pegawai Digital USM, Profesor Dato’ Dr. faisal Rafiq Mahamd Adikan dalam memastikan setiap setiap perancangan  pembangunan di kampus dapat dilaksanakan,” kata beliau.

DSC 5097

DSC 5122

“Namun demikian, perlu saya tekankan juga agar peruntukan ini dibelanjakan khusus dalam memenuhi keperluan pelajar sebagai keutamaan kerana mereka memerlukan kemudahan serta perlatan terkini yang seiring dengan situasi pada masa sekarang,” tambah Azlina.

Bagi Ketua Pegawai Digital USM, Profesor Dato’ Dr. faisal Rafiq Mahamd Adikan, bengkel ini akan menjadi satu tanda aras yang berpandukan kepada perolehan kita sepanjang tahun 2023 ini,” kata Faisal Rafiq.

DSC 5128

DSC 5113

“Peruntukan yang digunakan sepanjang tempoh yang diberikan ini juga akan menyokong kepada keupayaan USM sebagai sebuah universiti dalam membuktikan keperluan serta komitmen kita kepada setiap permintaan perbelanjaan di masa akan datang,” tambah beliau.

Bengkel yang diadakan di Pusat Penyelidikan Sains dan Kejuruteraan (SERC) ini turut menyaksikan penglibatan serta kehadiran Pengarah JPPF iaitu Ts. Arman Abdul Razak dan disertai oleh seramai 50 orang wakil peserta dari setiap Pusat Pengajian serta beberapa Pusat Tanggungjawab di Kampus Kejuruteraan.