跳至主要内容

PENGARAH DAN MAHASISWA KAMPUS KEJURUTERAAN TANAM 500 POKOK BAKAU

There is no translation available.

WhatsApp Image 2022 06 08 at 5.44.00 PM

NIBONG TEBAL, 6 Jun 2022 - Pengarah Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria hadir mewakili Naib Canselor Universiti Sains Malaysia bersama 73 orang mahasiswa dari Kampus Kejuruteraan dalam Program Penanaman 500 Pokok Bakau.

Melalui majlis ini, Azazi turut menyatakan pujian kepada Kelab Belia dan Sukarelawan USM, Kampus Kejuruteraan yang diterajui oleh Majlis Perwakilan Pelajar Kampus Kejuruteraan yang terlibat di dalam aktiviti hari ini.

WhatsApp Image 2022 06 08 at 5.43.59 PM

Bertempat di Sungai Acheh dan bersempena dengan Hari Alam Sekitar Sedunia 2022, inisiatif ini adalah bertepatan dengan tema ‘Hanya Satu Bumi’ dan penting dalam menyebarkan kepentingan, manfaat serta keunikan ekosistem paya bakaudi  Malaysia.

Perkara ini adalah memandangkan keupayaan paya bakau itu sendiri yang berfungsi sebagai benteng semula jadi hakisan pantai yang membolehkannya untuk bertindak sebagai antara agen penyerap karbon yang paling cekap.

WhatsApp Image 2022 06 08 at 5.44.01 PM

Di dalam program yang sama, Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Mansor bin Haji Othman, menyatakan, ketika ini hanya sekitar 300,000 pokok bakau telah ditanam di pesisir pantai di seluruh negara dengan sasaran 1,000 000 pokok lagi menjelang tahun 2030.

Melalui Majlis Perasmian Pelaksanaan Inisiatif Belia Prihatin Alam Sekitar bersama Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) ini, Mansor turut menggalakkan belia terutamanya, untuk aktif dalam aktiviti penanaman pokok bakau demi mencapai sasaran ini kelak.

Teks dan Foto: Ihsan Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni (BHEPA) USM Kampus Kejuruteraan