跳至主要内容

ANGGOTA KESELAMATAN KEJURUTERAAN SEGAK DENGAN SERAGAM BAHARU

There is no translation available.

keselamatan 5133

NIBONG TEBAL, 14 September 2015 – Seramai 50 anggota Jabatan Keselamatan, Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) segak mengenakan pakaian seragam baharu mereka di sini hari ini.

“Pakaian seragam baharu ini mula digunakan hari ini bagi staf Jabatan Keselamatan, Kampus Kejuruteraan dan untuk staf Kampus Induk telah digunakan lebih awal iaitu pada 31 Ogos 2015 lalu”, kata Penolong Pegawai Keselamatan, Kampus Kejuruteraan, Muhamad Asri Awang Kechik.

Menurut Muhamad Asri, perubahan seragam baharu yang lebih berimejkan korporat seumpama agensi penguatkuasaan lain ini dapat meningkatkan lagi motivasi dan keberkesanan dalam menjalankan tugas mereka dengan lebih baik.

keselematan 5143

“Yang lebih penting diharapkan imej baharu ini akan lebih menonjolkan Jabatan Keselamatan sebagai satu jabatan yang profesional, berdisplin dan bertanggungjawab dalam menjalankan dasar dan peraturan universiti serta undang-undang kerajaan Malaysia”, tambahnya lagi.

Sebagai pegawai keselamatan beliau sangat gembira dan berharap agar imej baru tersebut dapat meningkatkan profesionalisme staf dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada warga kampus termasuk tetamu-tetamu luar.

Katanya lagi, “Saya berharap agar semua pihak dapat memberikan kerjasama dengan staf Jabatan Keselamatan seterusnya kami dapat melaksanakan tugas dengan lebih tekun, berdisplin dan menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan lebih baik lagi sebagai penguatkuasa di USM”.

Sementara itu, Pengawal Keselamatan, Zaiton Taib berkata, dengan pemakaian seragam baharu ini dapat melambangkan imej beliau sebagai seorang penguatkuasa yang menjalankan tugas sebagai seorang pengawal keselamatan di USM.

“Saya berharap semua rakan di Jabatan Keselamatan dapat memberi perkhidmatan yang terbaik dan mempertingkatkan mutu kerja dalam menjalankan tugas memandangkan imej baharu kita yang lebih berketrampilan dan berkeyakinan ”, jelas Zaiton.

Manakala, Pengawal Keselamatan, Mohd Nizam Shamsudin turut berasa teruja dan bersemangat dengan imej baharu ini yang digunakan oleh semua staf di Jabatan Keselamatan.

Teks: Norafiza Osman / Foto: Bani Faidzzainami Baniyamin