跳至主要内容

ALUMNI PALAPES PPKBSM USM ANTARA EMPAT JURUTERBANG WANITA TERAWAL PGU PDRM

There is no translation available.

IPOH, 11 September 2023 – Alumni dari Pusat Pengajian Kejuteraan Bahan dan Sumber Mineral (PPKBSM) Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan salah seorang daripada empat juruterbang wanita terawal dalam Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

376717115 768191441777075 2380572199324157382 n

Inspektor Nur Hidayah Mohd Aisa, pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Bahan menamatkan pengajian beliau di USM pada tahun 2009 dan telah mula menyertai PALAPES UDARA USM sejak tahun 2009 sebelum ditauliahkan pada tahun 2013 di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Hidayah telah menyertai kursus latihan penerbangan bermula dari November 2021 dan disematkan dengan Sayap Lencana Penerbangan dalam majlis yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay di sini hari ini.

375904497 768173165112236 8698406943903921306 n

Mengulas akan kejayaan Hidayah yang turut dianugerahkan sebagai Pelatih Terbaik Penerbangan bagi Kursus Private Pilots Licence (PPL) Siri 1/2021, Pengerusi Rancangan Kokurikulum, Pusat Rancangan Kokurikulum Kampus Kejuruteraan USM, Dr. Azam Taufik Mohd Din berharap agar kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua.

“Semoga ianya akan turut menjadi pembakar semangat kepada semua mahasiswa-mahasiswi USM untuk tekun berusaha merealisasikan impian masing-masing kelak!

“Selamat menjalankan tugas Inspektor Nur Hidayah Mohd Aisa, kami di USM tumpang berbangga dengan kejayaan anda dalam merealisasikan misi USM H.E.B.A.T,” tambah Azam.

DI USM, PALAPES UDARA merupakan antara tiga cabang kursus PALAPES yang ditawarkan di PRK Kampus Kejuruteraan, Transkrian.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Ihsan PALAPES USM

Sumber Berita: BERNAMA