跳至主要内容

100 PELAJAR KAMPUS KEJURUTERAAN USM TERIMA CERMIN MATA PERCUMA

There is no translation available.

399279999 374891421538685 7474186029277879425 n

NIBONG TEBAL, 3 November 2023 – Seramai 100 orang pelajar dari Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) menerima cermin mata percuma sumbangan syarikat cermin mata QAP D OPTIC Sdn. Bhd. bagi sidang akademik 2022/2023 dan 2023/2024.

Pada sidang 2023/2024 kali ini, sumbangan telah disampaikan oleh syarikat tersebut melalui Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) dan Majlis Perwakilan Pelajar, Kampus Kejuruteraan USM.

Sumbangan tersebut disampaikan bersempena dengan Hari Bersama Persatuan pada 1 hingga 2 November baru-baru ini yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan kerjasama BHEPA, Kampus Kejuruteraan USM.

399353271 374891621538665 6648541485356990319 n 399337825 374891661538661 4029900523580510411 n 

399574093 374891571538670 3158662561955438064 n 399258973 374891704871990 7163902724289992116 n

Mewakili Pengarah Syarikat, Pengurus Besar QAP D Optic Sdn. Bhd., Encik Shhabana Mohd Yasim hadir dan seterusnya menyampaikan 50 cermin mata kepada para penerima yang telah mendaftar bagi sidang akademik 2023/2024 kali ini.

Sebagai menzahirkan ucapan terima kasih, Ketua Unit BHEPA, Kampus Kejuruteraan USM, Encik Mohd Hafiz Ali Mohd Anuar, mewakili Pengarah Kampus bersama-sama wakil MPP, saudara Wan Hafiz Zariqfitri Wan Ismail telah menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil Syarikat pada akhir sesi serahan tersebut.

Selain menawarkan cermin mata percuma kepada pelajar dan staf di bawah kategori B40, Syarikat ini turut membuka kaunter jualan dan pemeriksaan mata percuma sepanjang dua hari program berlangsung.

Artikel dan Foto adalah sumbangan Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA), Kampus kejuruteraan USM.