Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

PERALIHAN TENAGA LESTARI KAMPUS KEJUTERAAN USM

kasgdksghhlsah

Bertarikh 11 November 2020 satu surat tawaran Setuju Terima telah dikeluarkan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) kepada syarikat Sunway Engineering Sdn. Bhd. untuk melaksanakan pemasang sistem solar photovoltaic (PV) di Kampus Kejuruteraan.

Sistem yang dipasang akan menjana tenaga elektrik sebanyak 4,324.75 kWp dengan melibatkan pemasangan Sistem Solar PV di 19 lokasi seluruh Kampus Kejuruteraan USM. Antara bangunan yang terlibat ialan Dewan Utama, Makmal Bersepadu RPS, Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan & Sumber Mineral, Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik, Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, Pusat Pembangunan Siswa (PUMA), Pusat Pelajar dan Staf (ST), Hangar, Unit Kesihatan, Bangunan Pejabat Penggawa serta Kafeteria A, Kafetaria B dan Pusat Bahasa.

Dilaksanakan melalui tatacara perolehan Request for Proposal (RFP), ianya merupakan lanjutan daripada kerjasama yang telah diadakan di Kampus Induk dengan Perjanjian Pembelian Kuasa (PPA) untuk tempoh selama 25 tahun. Projek yang menelan belanja sebanyak RM14 juta ini akan memberi manfaat menyeluruh kepada seluruh warga USM dan kawasan sekitar di bawah kuota Net Offset Virtual Aggregation (NOVA), Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Malaysia. Projek ini telah bermula pada 10 Jun 2022 dan siap sepenuhnya pada 19 Disember 2022.

peralihan tenaga lestari 1 peralihan tenaga lestari 3

Dengan kapasiti maksimum sebanyak 4.3 MWp (Megawatt peak), Kampus Kejuruteraan dapat menampung sehingga 45% penggunaan tenaga tahunan daripada tenaga boleh baharu ini di samping menjimatkan sehingga 30% bil utiliti TNB. Pemasangan sistem ini juga dijangka dapat mengurangkan kadar pencemaran Karbon Dioksida (CO2) sehingga 97,000 tan metrik bagi tempoh 25 tahun akan datang di Kampus Kejuruteraan. Sistem ini juga secara tidak langsung dapat menjayakan salah satu daripada konsep kampus lestari yang menjadi matlamat utama USM iaitu Sustainability@USM dengan penggunanan tenaga boleh baharu.

Sehingga Ogos 2023, Kampus Kejuruteraan USM telah menikmati penjimatan beban bil utiliti TNB sebanyak RM1.26 Juta. Dengan jumlah kumulatif penjanaan tenaga solar sebanyak 3.494 MW/h, Kampus Kejuruteraan telah berjaya mengurangkan kadar pencemaran Karbon Dioksida (CO2) sebanyak 2,725.78 tCO2e.

USM juga cemerlang dalam Sustainable Development Goals.  Usaha ini merupakan salah satu daripada 17 matlamat yang dinyatakan di mana SDG 7 iaitu Affordable and Clean Energy berjaya membuktikan peranan USM dalam kecekapan tenaga dan tenaga boleh diperbaharui. Selain daripada itu, usaha ini juga mencerminkan peranan universiti dalam memberikan khidmat kepada komuniti setempat dan antarabangsa.

“Pihak Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti dengan sokongan pengurusan tertinggi Universiti akan sentiasa mencari peluang dalam menjadikan Universiti Sains Malaysia sebagai universiti pemangkin dalam meneraju teknologi berkaitan tenaga boleh baharu” – Ts. Fahmi Reza Abdul Patah.

WhatsApp Image 2023 09 29 at 3.42.29 PM

WhatsApp Image 2023 09 29 at 12.18.52 PM