Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

USM BUKA PERMOHONAN IKUTI PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA DAN DIPLOMA

USM Pengambilan September 2016 BM color

Universiti Sains Malaysia (USM) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon masuk atas talian (on-line) untuk mengikuti Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Sidang Akademik 2016/2017 secara sepenuh masa dan secara jarak jauh.  

Permohonan untuk Program Pengajian Jarak Jauh (PPJJ) dibuka dari 4 Januari 2016 hingga 21 Mac 2016 manakala permohonan Saluran Perdana dibuka dari 18 Januari 2016 hingga 4 April 2016.

Permohonan Saluran Alternatif pula dibuka dari 18 Januari 2016 hingga 4 April 2016.

Permohonan Diploma Kejururawatan dibuka dari 25 Februari 2016 hingga 4 April 2016.

Yuran pemprosesan pembelian No. Pin USM untuk permohonan boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN), mesin ATM (pemegang akaun GIRO sahaja) atau Perbankan Internet (myBSN).

Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan melayari https://pohon.usm.my atau menghubungi:

Seksyen Pengambilan Pelajar,
Bahagian Pengurusan Akademik,
Jabatan Pendaftar, Aras 2 Canselori, 11800 USM, Pulau Pinang.

talian bebas tol : 1-300-888-876
faks : 04-653 3328
emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
facebook : Student Admissions USM