Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

LAWATAN KERJA OLEH PROF. ASHOK PANDEY KE PPKK

ashok3

NIBONG TEBAL, 31 Mac 2016 – Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) di sini menerima lawatan Profesor Ashok Pandey, Timbalan Pengarah Pusat Inovasi dan Biopemprosesan Gunaan, Mohali, India.

Profesor Pandey ialah penerima pelbagai anugerah antarabangsa, khususnya dalam bidang bioteknologi, biokejuruteraan dan tenaga. Beliau juga ialah Ketua Pengarang Bioresource Technology (Elsevier).

ashok1

Lawatan Profesor Pandey diatur oleh Pejabat Kreativiti dan Pengurusan Penyelidikan (RCMO) sebagai sebahagian daripada aktiviti beliau untuk merapatkan hubungan dengan penyeldiik-penyelidik di universiti ini semasa lawatan kerja beliau ke USM baru-baru ini.

Tujuan utama lawatan ini ialah menggalakkan pertukaran idea dan pengalaman penyelidikan antara saintis terkemuka ini dengan penyelidik di pusat pengajian ini yang terdiri daripada staf akademik dan pelajar siswazah.

Semasa lawatan ini, sesi pertemuan dengan Jawatankuasa Pengurusan Pusat Pengajian dan pensyarah diadakan pada sebelah pagi diikuti oleh lawatan singkat ke makmal.

ashok2

Lawatan itu diakhiri dengan seminar bertajuk ’Enzim Industri: Pengeluaran dan Perspektif’ oleh Profesor Pandey pada waktu tengah hari.

Diharapkan pertemuan dengan tokoh-tokoh terkemuka dalam penyelidikan saintifik seperti Profesor Pandey akan membawa USM selangkah lagi ke hadapan dalam usaha mencapai tahap lebih tinggi dalam penyelidikan khususnya di peringkat antarabangsa.

Terjemahan: Mohd Rashid Darham
Teks : Ahmad Zuhairi Abdullah & Noor Hasliza Wan Chik
Foto : Mohd Hisyam Adnan