Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

TENGKU MAHALEEL LAWAT KAMPUS KEJURUTERAAN

mahaleel DSC8113

NIBONG TEBAL, 13 Jun 2016 - YM Tengku Tan Sri Dr. Mahaleel Tengku Arif membuat lawatan mengejut bagi meninjau kemudahan dan keadaan Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini.

Menerusi tinjauan tersebut, beliau yang merupakan Ahli Lembaga Gabenor Universiti turut berbincang dengan pihak-pihak berkepentingan di kampus ini dan turut memberi idea serta komen dalam membangunkan universiti.

mahaleel DSC8088

Menurut Tengku Mahaleel, secara keseluruhan Kampus Kejuruteraan mendahului dalam bidang penyelidikan seperti graphene, kenaf, nano dan beberapa lagi penyelidikan lain.

“Walau bagaimanapun, dalam hal kerjasama dengan industri, mungkin kita perlu lakukan sedikit penambahbaikan dan perubahan untuk bersama-sama dengan pihak industri dalam pelbagai bahagian dan bidang kejuruteraan serta kampus sendiri”, tegasnya.

mahaleel DSC8201

Tambahnya, pada masa ini universiti tidak mempunyai kerjasama tersebut dan ia dilihat sebagai suatu pengasingan.

“Hari ini setiap organisasi sedang berusaha bersama-sama dalam memajukan syarikat mereka seperti google yang bekerja dengan pihak IT, industri dan mereka sendiri untuk menghasilkan pengiklanan”, katanya lagi.

mahaleel DSC8224

Katanya, “Dunia pada masa kini perlu seperti itu dan universiti perlu begitu untuk mendapatkan pakar dan berkumpul seterusnya bekerja bersama-sama untuk bersaing pada masa kini”.

“Saya yakin dan percaya Kampus Kejuruteraan yang menawarkan pengajian khususnya dalam bidang kejuruteraan ini berjaya membantu untuk menjadikan USM sebagai universiti terbaik di dunia”, katanya.

mahaleel DSC7979

Beliau yang sempat melawat ke semua Pusat Pengajian di sini menyatakan bahawa kampus ini sangat menarik dan banyak hasil penyelidikan yang boleh dikomersialkan dalam industri yang sangat besar.

Teks: Mohd Kamil Ashar / Foto: Roslizam Ramli