Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

TERUSKAN AMALAN MEMBERI SUMBANGAN KEPADA YANG MEMERLUKAN

majlis berbuka DSC8535

NIBONG TEBAL, 15 Jun 2016 – Semua warga USM yang mempunyai lebihan sumber kewangan diharapkan dapat menyumbang kepada golongan yang memerlukan terutamanya warga universiti.Demikian seru Naib Canselor USM Prof. Dato' Dr. Omar Osman ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Berbuka Puasa peringkat Kampus Kejuruteraan USM hari ini.

Menurut Omar, pada Iftar Perdana USM yang diadakan di Kampus Induk Isnin lalu, pihak USM telah menyumbang bantuan kewangan yang telah dikutip selepas tabung khas dilancarkan untuk 4 adik-beradik yatim piatu yang kehilangan ibu bapa akibat nahas jalan raya Mac lalu.

majlis berbuka DSC8498

"Dengan kutipan sumbangan tabung khas ini, sedikit sebanyak ianya dapat membantu adik-beradik tersebut dalam perbelanjaan pelajaran mereka," katanya.

Omar juga berharap inisiatif mengadakan tabung-tabung khas sebegini dapat diteruskan lagi oleh pihak USM dalam membantu golongan yang memerlukan.

Sementara itu, Omar juga menyentuh sedikit mengenai penjanaan kewangan universiti di mana USM telah berjaya menjana pendapatan sendiri berjumlah lebih RM200 juta.

majlis berbuka DSC8571

"Tahun ini USM mensasarkan untuk menjana pendapatannya kepada RM300 juta dan kemudahan serta fasiliti di USM antara salah satu sumber untuk menjana pendapatan melalui penyewaan kepada pihak-pihak yang ingin menyewa," tambahnya.

Lebih 100 hadir ke majlis ini yang turut diserikan dengan pemberian sumbangan bahan kegunaan harian kepada golongan yang memerlukan dan persembahan keagamaan.

majlis berbuka DSC8581

Turut hadir ke majlis ini adalah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa Prof. Dato' Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni Prof. Dato' Dr. Adnan Hussein, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat Prof. Dr. Abdul Rahman Mohamed, Penolong Naib Canselor merangkap Pengarah Kampus Kejuruteraan USM Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Pendaftar USM Prof. Dato' Dr. Abd Aziz Tajuddin, Pengarah Bahagian Sumber Manusia USM Dr. Musa Ali, Pengarah Pusat Islam USM Prof. Dato' Dr. Muhammad Idiris Saleh dan Pengarah Pengurusan Canselori Saad Din.

Teks: Zamani Abd Rahim / Foto: Faisal Mohamad