FASILITI BERTARAF DUNIA, USM TARIK MINAT PELAJAR ANTARABANGSA

WhatsApp Image 2017 09 07 at 4.38.52 PM

NIBONG TEBAL, 6 September 2017 – Kemudahan pembelajaran dan perkhidmatan bertaraf dunia berjaya menarik minat pelajar dari luar negara untuk menyambung pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM).

Berikut adalah seperti yang disampaikan oleh Pemangku Pengarah Kampus, Profesor Dr. Azlina Harun @ Kamaruddin yang juga merupakan Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia dalam satu sesi antara Pengarah dan Pelajar Antarabangsa di sini hari ini.

WhatsApp Image 2017 09 07 at 4.38.56 PM

 “Pemilihan USM oleh pelajar-pelajar antarabangsa ini jelas menunjukkan akan kualiti yang telah kita persembahkan di peringkat antarabangsa sehingga kita dikenali sebagai salah satu universiti terbaik dalam bidang kejuruteraan pada hari ini.

“Kelak, saya percaya lebih ramai pelajar antarabangsa akan menunjukkan minat untuk belajar di sini memandangkan pendidikan serta kemudahan-kemudahan yang telah kita sediakan kepada mereka adalah setaraf seperti apa yang diberikan oleh universiti-univrsiti luar negara yang lain,” tambah Azlina lagi.

WhatsApp Image 2017 09 07 at 4.38.56 PM1

Menurut Areeg Yasser, 19, komitmen yang ditunjukkan USM dalam meningkat kualiti ke arah kecemerlangan menjadi faktor utama kepada pemilihan beliau untuk mendaftar masuk ke USM.

“Malah, status USM sebagai universiti penyelidikan jelas memberi keyakinan kepada diri saya bahawa pembelajaran di sini akan membantu saya dalam kecemerlangan akademik kelak,” sambung pelajar yang berasal dari Mesir ini.

USM merupakan Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf sebagai Universiti APEX atau Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan yang pertama di Malaysia selain turut diiktiraf sebagai Universiti Penyelidikan yang sentiasa menggalakkan aktiviti kajian dan penyelidikan.

Malah, hasil penyelidikan di USM terbukti bertaraf dunia dengan kemenangan pelbagai anugerah penyelidikan antarabangsa serta penganugerahan geran-geran dan projek-projek penyelidikan.

WhatsApp Image 2017 09 07 at 4.38.58 PM

Hamzah Atef Akramah, 19, dari Syria menyifatkan pemilihan USM sebagai institut pengajian untuk beliau menyambung pelajaran adalah tepat serta bersesuaian dengan bidang yang diminati, iaitu Kejuruteraan Awam.

“Apatah lagi jika merujuk kepada QS ranking, bidang Kejuruteraan Awam USM berada di antara 100 yang terbaik.

“Peluang menyambung pengajian di sini tidak patut dipersiakan, malah, suasana kampus juga adalah sangat kondusif untuk kami, pelajar antarabangsa,” tambah beliau.

WhatsApp Image 2017 09 07 at 4.39.00 PM

Seramai Sembilan orang pelajar antarabangsa yang telah mendaftar di Kampus Kejuruteraan bagi Sidang Akademik 2017/2018 yang akan mengikuti bidang-bidang pengajian seperti Kejuruteraan Kimia, Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik serta Kejuruteraan Awam.

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Muhammad Taufik Bin Abdul Rahman

xICON-BAKAL PELAJARixICON-PELAJARxICON-IBUBAPAPELAWATxICON-STAFFxICON-ALUMNI