Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SIDANG AKADEMIK 2017/2018

head title soaring

Dengan ini dimaklumkan bahawa bagi maksud memilih wakil-wakil ke Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia untuk Sidang Akademik 2017/2018, satu (1) Pemilihan Pelajar Universiti Sains Malaysia akan diadakan.

Berhubung dengan hal ini, Majlis Pemilihan Siswa (MPS) Universiti Sains Malaysia menurut Seksyen 70 Perlembagaan Universiti Sains Malaysia (P.U.(A) 220) telah menetapkan tarikh 5 Oktober 2017 (Khamis) sebagai Hari Pemilihan bagi merebut Kerusi-kerusi Konstituensi Pusat-pusat Pengajian dan kerusi-kerusi Konstituensi Umum.

Kerusi-kerusi Konstituensi Pusat-pusat Pengajian yang akan dipertandingkan ialah sebanyak tiga puluh lima (35), manakala kerusi-kerusi untuk Konstituensi Umum ialah sebanyak sepuluh (10).

Sila Muat Turun
Borang Penamaan Calon Sidang Akademik 2017/2018 [ DISINI ]
Notis Maklumat Penting [ DISINI ]