Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

AEROSOC ANJUR AFIC 2017

DSC 7267

NIBONG TEBAL, 14 Oktober 2017 - Persatuan Pelajar Kejuruteraan Aeroangkasa (AEROSOC) dengan kerjasama Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa (PPKAERO) berjaya menganjurkan Aero Freshi’s Inter Universities Induction Camp (AFIC) 2017.

Menurut Dekan PPKAERO, Profesor Ir. Dr. Mohd Zulkifly Abdullah, beliau berharap agar pogram seperti ini dapat diperbanyakkan lagi di masa akan datang memandangkan jumlah pelajar aeroangkasa di Malaysia yang tidak ramai.

“Semoga pengalaman baru yang ditimba melalui program ini akan dapat melahirkan pelajar-pelajar yang kreatif serta inovatif dan secara langsung mengeratkan lagi silaturahim sesama pelajar daripada universiti-universiti yang berbeza,” tambah Zulkifly.

DSC 7309

Disamping itu, beliau turut memuji AEROSOC yang telah berjaya bertindak sebagai penganjur program yang melibatkan peserta dari beberapa buah universiti di Malaysia yang menawarkan kursus berkaitan aeroangkasa dan penerbangan ini.

DSC 7296

“Saya berbangga dengan mereka ini yang kebanyakannya adalah pelajar satu tetapi sudah mampu menganjurkan satu program besar yang turut disertai oleh empat buah universiti lain iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) ini.

“Malah, saya turut dimaklumkan bahawa pengumpulan dana AFIC 2017 diperolehi melalui usaha ahli jawatankuasa sendiri dan ianya jelas menunjukkan bahawa mereka ini adalah individu-individu yang sangat serba boleh,” kata beliau lagi.

DSC 7280

Selain daripada melibatkan beberapa universiti, program yang berlangsung selama tiga hari dari 14 hingga 16 Oktober 2017 ini juga telah mencatat jumlah penyertaan seramai 109 orang.

Teks: Siti Faizah Abd halim / Muhammad Taufik Abdul Rahman