RAPID PENANG LANCAR LALUAN DALAM USM

DSC 0328

PULAU PINANG, 11 Dis.2017 - Warga kampus kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) kini mempunyai akses kepada kemudahan bas awam apabila Rapid Penang melancarkan perkhidmatan laluan 804 yang beroperasi dalam kawasan kampus menuju ke Parit Buntar-Nibong Tebal hari ini.

Pengarah Kampus Kejuruteraan USM, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria berkata, kemudahan ini adalah antara usaha memberi keselesaan kepada warga kampus untuk berulang-alik ke kawasan luar kampus.

DSC 0297

"Perkhidmatan ini bukan sekadar dinanti-nanti oleh warga kampus, malah masyarakat di sekitar turut mendapat manfaat kerana tidak ada pengangkutan awam seumpanya yang beroperasi di laluan berkenaan sebelum ini," katanya.

DSC 0316

Ketua Pegawai Operasi Rapid Penang, Mohd Azmi Abdullah pula berkata, pihaknya amat komited memberikan perkhidmatan bas henti-henti kepada masyarakat yang memerlukan.

"Kami sentiasa mengutamakan keselesaan kepada pelanggan, selain memfokuskan kepada memberikan perkhidmatan yang dapat membantu memajukan sesuatu kawasan," katanya.

DSC 0385 tile

DSC 0415 tile

Dalam pada itu, para kenamaan dalam majlis berkenaan turut dibawa menaiki bas Rapid Penang melalui kawasan-kawasan yang termasuk dalam laluan 804 termasuk Jalan Belatuk, Bukit Panchor, Ampang Jajar, Pekaka, Padang, Sekolah terus ke Terminal Bas Parit Buntar dan sebaliknya.

xICON-BAKAL PELAJARixICON-PELAJARxICON-IBUBAPAPELAWATxICON-STAFFxICON-ALUMNI