Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

OPERASI RAPID PENANG LALUAN 804, PELAJAR DAN STAF TERUJA

DSC 0397

NIBONG TEBAL, 11 Disember 2017 – Pelajar dan kakitangan Universiti Sains Malaysia (USM), Kampus Kejuruteraan berkongsi keterujaan sempena dengan Pelancaran Rapid Penang Laluan 804 di sini hari ini.

Penolong Pendaftar Kanan, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni, Kampus Kejuruteraan, Norzita Nanyan akui operasi Bas Rapid Penang Laluan 804 akan menjadi satu kemudahan yang bermanfaat kepada seluruh Warga Kampus.

DSC 0410

“Galakan untuk menggunakan perkhidmatan bas dalam aktiviti seharian juga boleh dipertimbangkan memandangkan ianya adalah satu kemudahan yang selesa dan bayaran yang dikenakan juga adalah berpatutan,” tambah Norzita.

Selain dalam Kampus Kejuruteraan USM, antara kawasan-kawasan yang akan dilalui oleh Bas Rapid Penang Laluan 804 ini termasuklah Jalan Belatuk, Bukit Panchor, Ampang Jajar, Pekaka, Padang, Sekolah terus ke Terminal Bas Parit Buntar dan sebaliknya.

DSC 0423

Pelajar yang juga Naib Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM, Samuel Edmund Theivendran dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral turut menyambut baik usaha yang dilakukan oleh Pengarah Kampus Kejuruteraan, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria ini.

DSC 0448

“Perkhidmatan ini akan memberi lebih pilihan dari segi masa dan laluan perjalanan kepada pelajar selain daripada perkhidmatan bas USM yang memang telah disediakan oleh pihak universiti selama ini,” kata Samuel.

DSC 0454

Bas Rapid Penang Laluan 804 ini telah memulakan operasi di dalam Kampus dan kawasan-kawasan sekitar mulai 27 November 2017 yang lepas dan turut dibuka kepada orang awam.