Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

PPKK MEMANG TERBAIK! – NC

DSC 3642

NIBONG TEBAL, 9 Mac 2018 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail menyampaikan ucapan tahniah beliau atas pencapaian cemerlang Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia (PPKK) di dalam serta luar negara.

Beliau berkata demikian dalam sesi kunjungan beliau ke PPKK yang turut dihadiri oleh Dekan, Profesor Dr. Azlina Harun @ Kamaruddin, staf akademik serta para pegawai dari pusat pengajian yang berkenaan di sini hari ini.

DSC 3623


Melalui perjumpaan ini, Asma turut menyampaikan rasa bangga beliau kepada PPKK yang telah mencipta kedudukan dalam kelas tersendiri bagi bidang kejuruteraan kimia dan seterusnya berjaya mengekalkan kedudukan teratas sebaris dengan universiti-universiti terbaik dunia yang lain.
 
Menurut beliau, PPKK telah memainkan peranan yang penting dalam melonjak nama USM ke peringkat dunia melalui kepakaran saintis-saintis dan jurutera-jurutera mahirnya.
 

DSC 3632

DSC 3638
Malah, beliau turut menghargai serta berterima kasih atas usaha-usaha yang telah diambil oleh pusat pengajiannya dalam memastikan nama USM cemerlang dalam setiap bidang yang ditawarkan walau terdapat kekangan dalam pelaksanaannya.

DSC 3646
 
Naib Canselor wanita pertama USM ini turut menyarankan agar PPKK mengekalkan momentum yang sedia ada dalam menuju kepada lebih banyak kejayaan yang akan tercipta dan akan menaikkan lagi imej universiti ke peringkat yang lebih tinggi di masa akan datang.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/ Muhammad Taufik Abdul Rahman