Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

40 PASUKAN BERENTAP DI KEJOHANAN RAGBI ENG@USM 10’s 2018

DSC 7901 2

NIBONG TEBAL, 22 April 2018 – 40 pasukan dari seluruh negara telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Ragbi Eng@USM 10’s bagi tahun 2018.

Kejohanan yang diadakan untuk kali yang ke-14 ini merupakan acara tahunan wajib yang dianjurkan oleh Unit Sukan dan Rekreasi Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar Dan Alumni (BHEPA) dengan kerjasama dari Kelab Sukan dan Kebajikan Staf Kampus Kejuruteraan ini.

Sebanyak tiga kategori telah dipertandingkan pada tahun ini iaitu Kategori Sekolah serta Kategori wanita masing-masing terbahagi kepada Bowl, Plate dan Cup manakala bagi kategori Terbuka pula terbahagi kepada Bowl, Plate, Cup dan Shield.

DSC 7804 tile

DSC 7876 tile

DSC 8058

Turut sama hadir menyaksikan pertandingan akhir perlawanan yang diadakan dari 21 hingga 22 April di Kampus Kejuruteraan ini adalah Dekan, Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa yang mewakili Pengarah Kampus Kejuruteraan, Profesor Ir. Dr. Zulkifly Abdullah, Timbalan Pengarah, Pusat Sukan dan Rekreasi, Idrus Hj. Rafie dan Timbalan Pendaftar, Pejabat Timbalan Naib Canselor yang juga merupakan Setiausaha, Kelab Sukan dan Kebajikan Staf Kampus Kejuruteraan, Rosni Hassan.

Senarai pemenang kejohanan bagi setiap kategori adalah seperti yang berikut:

KATEGORI SEKOLAH

Bowl: Penang Free School
Plate: Stingers Smstsss
Cup: Phyton RC

DSC 8098

KATEGORI WANITA

Bowl: Pink Paddy Jr
Plate: Ladies Orca
Cup: Sukma Selangor

DSC 8127

KATEGORI OPEN

Shield: Bulls Kerian RC
Bowl: Cougar S
Plate: Bangi Hunters
Cup: Ria RC

 FHA8071